Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Proton Umum Inisiatif Senggara Model Kenderaan Berkuasa Turbo

Proton_Logo

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd sudah melaksanakan langkah awal menyediakan khidmat membaiki hos penyejuk minyak bagi semua model kereta berkuasa turbo.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah menjelaskan, model-model kereta berkenaan adalah Proton Exora, Suprima S dan Preve.

“Kami dalam proses menghubungi para pelanggan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dan surat mengenai perkara ini.

“Pelanggan tidak perlu risau kerana ia melibatkan peralatan yang boleh disenggarakan. Oleh itu, apabila mereka menghantar kereta bagi tujuan penyenggaraan, hos penyejuk minyak berkenaan akan ditukar oleh pusat servis berdaftar jika ia mencapai perbatuan 40,000 kilometer,” katanya.

Semua kos buruh dan peralatan berkaitan isu itu akan disediakan secara percuma di pusat servis Proton di seluruh negara, katanya.

Para pelanggan dinasihati menghubungi pusat khidmat pelanggan 1-800-888-398 atau emel [email protected] bagi pertanyaan lanjut. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan