Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Proton Tawar 30 Mata Percuma Pemeriksaan Kereta

proton_logo

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd akan menawarkan 30 mata percuma untuk pemeriksaan kenderaan kepada semua pemilik kereta nasional itu mulai 9-15 Julai sebagai sebahagian daripada inisiatif menggalakkan kesedaran keselamatan kenderaan pada musim perayaan.

“Pelanggan boleh menikmati pemeriksaan percuma ini di semua pusat servis Proton di seluruh negara dan stesen minyak Petronas terpilih antara 3 petang dan 7 malam sepanjang tempoh selama seminggu.

Tawaran 30 mata percuma itu termasuk pemeriksaan bateri, minyak dan sistem brek. Selain itu, pelanggan akan turut menikmati konsultasi percuma mengenai penyelenggaraan enjin dan kereta, menurut Proton dalam kenyataan.

Ketua Eksekutif Datuk Abdul Harith Abdullah berkata pengeluar kereta nasional mempunyai tanggungjawab untuk mendidik dan menggalakkan kesedaran keselamatan kepada pengguna, terutamanya dalam menyokong seruan kerajaan mengurangkan kemalangan jalan raya pada musim perayaan dan cuti sekolah. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan