Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Proton siasat kejadian Exora terbakar

SUBANG JAYA – Proton Holdings Berhad (PROTON) sedang menjalankan siasatan rapi berhubung dakwaan sebuah Proton Exora terbakar akibat peningkatan suhu dan minyak petrol yang diisi berlebihan.
“Pihak PROTON ingin menegaskan bahawa syarikat itu tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu-isu berkaitan kualiti kenderaan keluarannya,” kata jurucakapnya Ahmad Farizal Hajat dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gambar sebuah Proton Exora sedang terbakar di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) pada Selasa lepas yang tersebar di laman sosial internet.
“Aspek keselamatan dan prestasi kenderaan sentiasa menjadi keutamaan PROTON demi keselesaan pelanggan,” katanya lagi.
Pada Selasa lepas, gambar sebuah Proton Exora terbakar yang tersebar di Facebook itu menjadi perhatian ramai pembaca laman sosial.
Antara komen pembaca termasuk membuat spekulasi bahawa kemungkinan kejadian disebabkan oleh kebocoran tangki bahan api kenderaan tersebut.
Ahmad Farizal berkata, pihak Proton telah menghubungi pemilik kenderaan yang terbakar itu bagi mendapatkan butir lengkap mengenai kejadian tersebut.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif berhubung kejadian tersebut.
Proton Exora merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama negara yang telah mencatat jualan sebanyak 140,000 unit di seluruh dunia. – Sayangsabah

TERBAKAR... Gambar Proton Exora terbakar yang tersebar di laman sosial Facebook.
TERBAKAR… Gambar Proton Exora terbakar yang tersebar di laman sosial Facebook.

Komen


Berita Berkaitan