Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Proton sasar jualan Iriz 4,500 unit sebulan

Norzahid (tengah) bergambar kenangan dengan para peserta Proton Iriz Borneo Media Drive yang terdiri daripada 20 wakil media serta kakitangan Proton.

KOTA KINABALU – Proton Edar Sdn Bhd optimis mampu menjual sehingga 4,500 unit sebulan bagi model terbaru kenderaan kompak Proton Iriz, di seluruh negara pada tahun ini.
Ketua Pegawai Ekesekutifnya, Norzahid Mohd Zahudi berkata, pada masa ini Proton menerima purata 150 tempahan sehari bagi kereta kompak berkenaan khususnya untuk variasi automatik 1.6 liter.
“Sehingga semalam (Jumaat) kira-kira 17,000 buah kereta Proton Iriz telah didaftarkan di seluruh negara sejak ia dilancarkan September tahun lepas di mana variasi 1.6 liter merupakan penyumbang terbesar kepada jualan Iriz,” katanya.
Beliau bercakap demikian kepada media selepas menyaksikan demo ESC Proton di Stadium Likas di sini hari ini yang diadakan sempena program jelajah Proton Iriz Media Drive Borneo.
Norzahid juga berkata, jualan kenderaan Proton Iriz variasi automatik 1.3 liter turut mula mencatat peningkatan.
Sementara itu, beliau berkata pengguna jalanraya di Sabah dan Sarawak dilihat lebih gemar memandu kenderaan transmisi manual berbanding automatik.
“Namun, pihak kami yakin bahawa variasi automatik akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna di kedua-dua negeri tersebut terutama kalangan golongan muda,” katanya lagi.
Proton Iriz yang boleh didapati dalam tiga variasi berbeza iaitu Standard, Executive dan Premium dengan pilihan tujuh warna menarik, dijual di pasaran antara RM42,438 hingga RM64,888. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan