Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,648

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Proton dan Bas jatuh gaung 200 meter, 3 maut

10:12pm 01/12/2015 Leolerry Lajius 341 views Tempatan

RANAU: Tiga orang penumpang maut dalam kemalangan yang melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah proton di jalan Kiau Ranau petang tadi.

Bas ekspress yang sedang dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu dari Tawau itu bertembung dengan kereta proton menyebabkan kedua-dua kenderaan itu jatuh ke dalam gaung sedalam 200 meter.

Pemandu bas dan seramai 23 orang penumpang yang dipercayai mengalami pelbagai kecederaan telah dihantar ke hospital Ranau, Kota Belud dan Tuaran untuk menerima rawatan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Hj. Nordin bin Pauzi seramai 112 orang anggota telah terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa.

“Operasi menyelamatkan mangsa agak sukar kerana melibatkan pengeluaran mangsa yang tersepit dan cedera dari dalam gaung, “katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

bas

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan