Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Proton cadang tingkatkan harga kereta tahun hadapan

5:19pm 08/12/2015 Dewiana Tinggolongon 7 views Mutakhir

 

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

SUBANG JAYA-PROTON Holdings Berhad sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan harga kereta, bermula Januari 2016 akibat kelemahan nilai matawang Ringgit.

“Kami merasai kesan kejatuhan Ringgit menjadikan banyak bahan-bahan mentah yang dibeli dalam mata wang asing.

“Keadaan Ringgit yang lemah memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem daripada pembekal kepada kami. Oleh itu, kami sedang mengkaji struktur harga dan peratusan kenaikan harga akan bergantung kepada model, “kata Dato ‘Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON menerusi satu kenyataan medianya di sini hari ini.

Katanya bagi mengurangkan kesan kepada keuntungan Syarikat sejak Ogos 2015, PROTON telah meletakkan lebih banyak usaha dalam mengurangkan kos operasi dan merasionalkan operasi di mana perlu.

Walaupun keadaan Ringgit yang semakin lemah terus memberi tekanan kepada PROTON dan memberi kesan kepada industri secara keseluruhan.- Sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan