Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,507

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Proses penyediaan laporan devolusi kuasa kini berada di peringkat akhir

11:35am 11/04/2017 Leolerry Lajius 34 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU: Kerja-kerja penyediaan laporan berhubung proses devolusi kuasa dari Kerajaan Persekutuan ke Kerajaan Negeri kini berada di peringkat akhir.

Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Teo Chee Kang berkata, pada 24 Mac lalu, Jawatankuasa Kajian Hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah mengadakan mesyuarat untuk membuat penyediaan laporan yang akan dibentangkan di Mesyuarat  Jemaah Menteri Negeri sebelum ia dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemandu Peringkat Nasional dalam masa yang terdekat.

“Pada masa ini, kerja-kerja penyediaan laporan adalah dalam peringkat terakhir,”katanya ketika menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Sri Tanjong Chan Foong Hin yang bertanya mengenai  perkembangan tuntutan berkenaan ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-14, di sini, hari ini.

Teo turut menyatakan pada 1 Disember tahun lalu Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Teknikal Peringkat Nasional yang dipengerusikan oleh Peguam Besar Negara telah diadakan di negeri ini bersama dengan pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mengenai penurunan kuasa.

“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri yang diwakili oleh Peguam Besar Negeri dan rombongan telah mengemukakan laporan tambahan bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pada pertengahan bulan disember tahun lalu berkaitan dengan isu-isu perundangan dan hak-hak kewangan,”katanya.

Tambah Teo, pada 26 Januari lalu jawatankuasa kajian Hak-hak Sabah juga telah menjemput 17 parti politik untuk menghadiri satu pendengaran yang diadakan di Bilik Rafflesia, Bangunan DUN namun hanya 10 yang hadir dan sembilan daripadanya telah mengemukakan hujah-hujah bertulis.

Sementera itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, kesemua pihak termasuk pembangkang dan juga badan bukan kerajaan dialu-alukan untuk turut serta dalam perbincangan berhubung perkara berkenaan.

“Saya percaya jawatankuasa yang ditubuhkan itu telah membuat yang terbaik untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Pihak pembangkang juga dialu-alukan untuk turut serta dalam perbincangan berhubung tuntutan itu namun masih ada yang tidak mahu bekerjasama,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukan oleh ADUN Bingkor Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan yang bertanya mengenai perkara-perkara yang telah disenaraikan secara spesifik di dalam tuntutan berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan