Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Proses penamaan calon berjalan lancar

Sandakan :    Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Dewan Serbaguna Libaran pada hari ini, berlangsung lancar.

Sewal jam 7 pagi, para penyokong semua parti yang bertanding mula keluar dengan pakaian, payung serta bendera parti menyebabkan aliran trafik di Jalan Sungai Kayu perlahan.
Semua calon parti yang bertanding tiba di dewan pada jam 9 pagi dan masing-masing mengemukakan borang pencalonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya yang diketuai Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Faridah Kiau.
Setelah diteliti dan disahkan, Faridah mengumumkan kawasan Parlimen 184 Libaran bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara parti Barisan Nasional (BN) diwakili Datuk Zakaria Mohd Edris, Parti Harapan Rakyat oleh Alfian Mansyur dan Parti Warisan oleh Irwansyah Mustapa.
Turut menghadapi pertandingan sama adalah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) 42 Sungai Sibuga iaitu Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa (BN), Osman Enting (Parti Kebangsaan Sabah) serta Asmara Abdul Rahman (Parti Warisan).
 
Sementara itu, saingan sengit bakal dilihat pada PRU14 nanti ialah di kawasan DUN Gum-Gum melibatkan lima penjuru di antara Arunarnsin Taib (Warisan), Joikin @ Christine Bungung (Parti Kebangsaan Sabah), Jamaluddin Lamba (Parti Perpaduan Rakyat Sabah), Datuk Juslie Ajirol (Parti BN) dan Dahil Masdik (Parti Harapan Rakyat).
Paling menarik, hujan lebat yangbturun sedikit pun tidak melunturkan semangat para penyokong yang bersorak di luar dewan sehingga tamat proses pencalon kira-kira jam 11.55 pagi.
Bagi penyokong parti Barisan Nasional (BN), mereka melaungkan slogan “BN Tatap” sambil menyanyikan lagu Barisan Kita, manakala penyokong Parti Warisan pula bersorak dengan ungkapan “Sabah Ubah” di luar dewan.
Selepas perisytiharan oleh Faridah, Musa yang ditemui memberi ingatan kepada semua parti yang bertanding agar mematuhi peraturan ditetapkan dan berdisiplin bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang PRU14./Penerangan-
Musa (empat dari kiri) bersama Zakaria (tiga dari kiri) dan semua calon yang bertanding.

Komen


Berita Berkaitan