Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Proses Bangkit Dari Patah Hati Itu InsyaAllah Akan Menjadi Perjalanan Paling Indah Dalam Hidup!

12:27pm 26/07/2016 Zakir Sayang Sabah 97 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Bismillahirrahmanirrahim

Kerana hakak baru sahaja lepas patah hati 6 bulan yang lalu. Diam tak diam dah 6 bulan perkara itu berlalu.

Alhamdulillah hakak baik-baik saja sampai ke hari ini, malah hidup lebih tenang. Bukan kata hidup tak tenang ketika “itu”.

Hubungan yang dimaksudkan bukan bercouple, sungguh akak pun tak suka couple. Mungkin sebuah hubungan sahabat yang bertukar kepada cinta.

Dia melamar akak untuk dijadikan isteri, lalu akak setuju tapi dalam tempoh 5 tahun lagi. Tak sampai setahun pun lagi, hubungan dah tamat.

Alhamdulillah. Masha Allah hebat kan.

Banyak hikmah yang hakak dapat selepas peristiwa “itu”

Bila dikaji, dikaji dan dikaji…

Ya, ada 1000 sebab dan alasan Allah beri akak pengalaman itu, mungkin ramai yang akan tidak percaya akak melalui percintaan, “percintaan kunun -,-“. Tidaklah bercinta, mungkin sekadar persinggahan.

Akak tak salahkan dia, akak tak salahkan sesiapa, malah akak berterima kasih kerana diperkenalkan dengan dia. Kenapa?

Bukan nak tuju dekat Allah semata.

Mungkin ada silap akak juga kerana tidak menjaga ikhtilat walaupun dia seorang kawan lama, ikhtilat tetap perlu dijaga. Kalau tak dijaga beginilah jadinya.

Sebab itu lah yang akak kata tadi, Allah beri akak pengalaman.

Mungkin akak tahu, terdapat dosa-dosa yang akak lakukan ketika peristiwa itu.

Allah nak kenalkan akak dengan “cinta”. Kerana selama ini, akak mengaku “cinta sesama manusia sebelum halal” itu perkara yang remeh.

Dek kerana fikiran akak yang kadang-kadang sempit, terlalu memikirkan pandangan orang (kadang2 je, kadang2 langgar aje). Bhahahahahaha.

Allah beri “dia” untuk uji akak. Dan akak gagal mengawal perasaan waktu itu.

Mana taknya, “dia” yang dimaksudkan itu kawan akak sendiri. Kadang-kadang fikir rasa macam kelakar sangat.

Okay, akak akan share apa yang akak dapat daripada peristiwa “itu”

Yang pertama-tama sekali, akak sangat menyesal bila memikirkan reaksi akak ketika dia ingin memutuskan “hubungan” itu.

Akak tidak dapat mengawal diri, seolah-olah akak kehilangan diri akak. *mohon jangan simpati dengan statement saya, ini bukan statement sedih. Sekadar perkongsian.

Ya, akak rasa akak hilang diri akak. Ibaratnya macam melesap seorang Munira yang waras. Kesalnya melebihi akak kehilangan “dia”. Sebab apa?

Akak dah tak ada Munira yang “kuat”, “hati kering”, “tak berperasaan”. Akak menangis macam orang gila.

Sampai satu masa, akak tersentak ketika berfikir dan waktu itu akak sedang berdoa.

Ada satu doa yang akak selitkan sebelum2 ini, tetapi akak tidak doa lagi waktu itu.. Akak terlupa yang Allah makbulkan doa akak.

“Kenapa perlu kita marah bila Allah makbulkan doa kita”.

Akak bukanlah seorang alim ulama, yang mana bila doa, doa terus dimakbulkan. Tidak sama sekali. Tapi, akak kira ini mungkin sebagai tanda Allah makbulkan doa akak.

Akak terlupa yang akak memang minta Allah pisahkan “dia” dari akak, kerana semakin hari berada dalam “hubungan” itu, semakin akak gelisah memikirkan yang diri ini belum berkemampuan untuk menjalin hubungan halal.

Tidak mungkin untuk terus berada dalam hubungan yang “tidak halal” itu selama 5 tahun dalam perbincangan akak dan dia. Tidak kisahlah bagaimana pun cara Dia pisahkan akak dari dia.

Akak kira ketika akak berdoa sebegitu, akak cukup kuat untuk terima perpisahan itu.

Tetapi, tidak mengapa, Allah itu Maha Kuat. Dia beri akak kekuatan untuk teruskan hidup akak. Akak mengaku yang akak sangat tak professional.

Untuk “dia”, akak tidak bencikan “dia”. Akak mula jauhkan diri dari dia bukan kerana bencikan dia. Bukan kerana marahkan dia.

Tapi akak sedang berusaha untuk tidak hadir dalam hidup dia lagi. Akak nak bantu dia lupakan akak jugak seklaigus akak boleh lupakan dia.

Akak taknak jumpa dia lagi bukan kerana akak sakit hati mahupun patah hati mahupun sedih, tetapi akak malu..

Malu kerana akak tidak snegaja menunjukkan seorang Munira yang gagal mengawal luka itu. Akak sedang belajar untuk redha dan ikhlaskan hati.

Akak bersyukur Allah pisahkan akak dengan dia. Tapi dalam masa yang sama akak mengaku akak masih punya rasa sedikit “sedih”.

Tapi, tidak mengapa. Apalah sangat dengan 1001 kebahagiaan dan nikmat yang Allah beri sehingga hari ini.

Cerita akak bukan untuk menagih simpati pembaca-pembaca, akak ingin nasihat mereka mereka yang pernah, sedang dan mungkin bakal patah hati.

Kita tidak akan tahu apa yang akan jadi masa hadapan.

Kerana apa yang berlaku pada akak juga suatu yang tidak dijangka. Allah datangkan dia pada akak dalam keadaan yang tak dijangka, dan dia tinggalkan akak pun dalam keadaan yang memang akak tak pernah jangka.

Walaupun tempoh “itu” sangat sekejap, iaitu mungkin cuma 3 bulan. Tetap memberi kesan pada diri akak. Tetapi, tidak mengapa.

Allah sayangkan akak, kerana itu Allah berikan akak ujian sebegini. Pernah dengar tak orang kata, “orang-orang yang Allah uji, orang yang Dia sayang“.

Bukan akak nak kata, akak ni baik sebab Allah sayang. Tapi, sebab akak ni kurang baik, Allah bagi ujian tu supaya akak jadi jadi lebih baik.

Akak ni taklah baik sangat, tak jahat sangat jugak. Hihihi.

Mungkin akan ada yang kata, “kau dah buat dosa atas silap kau sendiri, lalu kau nak kata Allah sayang kau kerana diuji sebegitu, kau fikir kau siapa? fikir kau siapa? Hahahahaha, alaaa macam lagu Nanasheme”

Tak apalah, akak tak kisah pun orang nak fikir gitu. Akak ngaku silap akak.

Tapi, Allah itu kan Maha Pengasih, jadi mesti Dia dah ampunkan akak, dan mesti Dia lebih kasihkan akak kalau akak sedih atau gembira, akak dekat dengan Dia.

Tak salah jugak bila sedih terus luah dekat Allah, bukan di fb, twitter, dan etc.

Sebab kita ni hamba, Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali” Ayat ni pun terang tang tang kata, semuanya Dia, Dia , dan Dia. siapa? Allah lah.

eh ayat ni bukan guna untuk orang meninggal je tau, juga boleh disebut bila ditimpa musibah, arabnya disebut “Innalillahi wainna ilaihi raji’un”

Ingat, tidak semua Allah pilih untuk hadapi ujian begini. Mungkin Allah nak kenalkan kita dengan orang yang salah dulu.

Supaya nanti akan ada yang betul datang.

Bukan yang datang suka-suka, dan pergi suka suka. Ujian sebegini akan menguatkan lagi diri dan hati.

Ya, mungkin proses ini akan mengambil masa yang lama untuk kita rawat luka “hati” yang sukar untuk sembuh.

Orang kata, “baik luka tangan, kaki, badan daripada luka hati. Sebab luka secara fizikal kita boleh nampak, dah nak sembuh ke, dah sembuh ke, tapi hati? Wallahu’alam.

Jadi, minta lah Allah untuk sembuhkan hati kita yang mungkin sudah berkecai, minta lah Dia cantumkan semula. Sebab Dia Maha Berkuasa, Maha Penyembuh dan Dia juga Pemilik Hati kita.

Kita sebagai tuan punya badan kepada hati itu, juga perlu berusaha untuk sembuhkan luka itu. InsyaAllah, moga Allah permudahkan.

Buat yang melalui peristiwa ini, akak nasihatkan supaya sentiasa balikkan diri kita pada Allah.

Jangan kerana hal sebegini, kau lemah. Jangan kerana seorang makhluk, kau salahkan Pencipta. Jangan kerana seorang yang belum tentu halal buat kita, kita hidup segan mati tak mau.

Jangan dik, jangan.

Jangan cakap, “akak tak rasa, senanglah cakap”.

Akak dah rasa dik, akak tahu tak mudah, tapi setiap keperitan itu akan ada ganjarannya nanti. Kuncinya, “sabar” dan back to Him. Turn to Him.

Sungguh akan kau rasa ketenangan itu. InsyaAllah.

Sudah sudah seksa diri dengan bersedih hati, teruskan melangkah. Adakah kau hidup sekadar untuk bercinta? Tidak kan?

Nah, bangkit kerana kita masih muda, masih banyak tanggungjawab yang perlu kita galas. Soal hati, cinta serah pada Dia.

Sampai masanya nanti bila kita sudah bersedia, mungkin belum sempurna bersedia, akan Allah hadirkan ‘dia’ yang baru atau mungkin ‘dia’ yang lama untuk menjadi pasangan hidup kau hingga ke syurga.

Haaaaa, tapi bila akak kata “dia” yang lama tu, jangan lah adik berharap lagi sekali, biar secara sederhana, kelak jatuh sekali lagi. Sakit bukan?

Put your trust on allah.

Again, only Allah!

Nahh, pada waktu itu, kau usahalah yang sepatutnya, kerana cinta itu fitrah, jangan dijadikan fitnah, perlu diusahakan tetapi usaha mengikut syariat. Bagaimana?

Setelah kau minta Allah bimbing kau untuk usaha ke arah itu, “baitulmuslim”.

Dan ingat saat kau bersedia mungkin tidak sempurna, tetapi dalam keadaan Allah kata, kau sudah layak untuk punyai pasangan.

Anggaplah peristiwa itu sekadar ujian untuk kau mendekatkan diri lebih kepada Allah Yang Maha Esa. Ujian itu sebagai medium untuk kau mula berkasih sayang dengan Allah.

Sebagai medium untuk kau kenal apa itu cinta manusia, cinta keluarga, cinta sesama saudara dan semestinya cinta yang paling agung nan indah cinta kepada Allah dan Rasul.

Cuba sehabis mungkin untuk jauhkan diri dari peristiwa itu, bukan melupakan, tetapi dijadikan teladan.

Melupakan itu suatu yang sangat mustahil kerana mahu tidak mahu perkara itu sudah ada dalam catatan buku kita. Melainkan kita eksiden, lupa ingatan ke?

Haishhh jangan jangan! Akak gurau je, jangan buat naaa. Naudzubillahiminzalik. Ingat allah 🙂

Semoga awak awak yang membaca entry kali ini dikurniakan Allah pasangan halal yang ikhlas untuk bersama dengan awak awak untuk menuju ke Syurga Dia melalui jalan yang diredhai dan dipermudahkan ke arah itu. InsyaAllah.

Setiap kali diuji, ingatlah ayat 286: al-Baqarah

” Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya……”

 

Bagi yang masih sedih, atau tiba-tiba teringat dekat “orang” tu, bacalah surah Ar-Rad, ayat 39 letakkan dekat dada. InsyaAllah akan tenang 🙂

Dan satu lagi perkongsian daripada, Kak Zara

“Ya mufarrijal humum, Ya Mufarriju farrij, Farrij a’nna humumana, Ya hayyu Ya qayyum, Ya zaljalali wal iqram”

Maksudnya: Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah. Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah. Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah dukacita, susah dan masalah kami. Wahai Tuhan Yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri”

“Carilah suami/isteri untuk dijadikan kekasih, bukan mencari kekasih untuk dijadikan suami/isteri supaya cinta yang Allah hadirkan tidak tercemar dengan hubungan hubungan yang tidak halal”

Assif jika terdapat kekurangan.

Dan jika terdapat keburukan dalam diri saya daripada cerita saya jangan diikut, mana yang baik jadikan teladan. InsyaAllah.

Bersyukurlah kerana kita diselamatkan dan diberi kesempatan oleh Allah daripada mendekatkan diri ke api neraka. Alhamdulillah.

***

Perkongsian ini adalah dicatatkan oleh Nur Munira  (migozarad). Semoga ilmu dan nasihat yang dikongsikan memberi 1001 kebaikan yang boleh dikutip oleh kita semua

(Sumber: Blog Aku Islam, oleh Nur Munira)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan