Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,806

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Propaganda mengarut

8:46am 04/11/2015 Pak Roshan 61 views Global
SERPIHAN pesawat Airbus 321 itu di Sinai.

SERPIHAN pesawat Airbus 321 itu di Sinai.

Kaherah: Presiden Abdul Fatah al-Sisi semalam menyifatkan dakwaan cabang kumpulan Negara Islam (IS) kononnya ia menembak jatuh sebuah pesawat Russia sebagai ‘propaganda mengarut.’

Abdul Fatah memberitahu demikian selepas pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) berkata, IS tidak mungkin terbabit dalam bencana yang menimpa pesawat yang terhempas di Semenanjung Sinai hingga mengorbankan 224 penumpang dan anak kapal Sabtu lalu.

“IS membuat propaganda mengarut kononnya ia yang menembak jatuh pesawat itu. Ia mahu menjejaskan kestabilan dan keselamatan Mesir serta imej negara ini.

“Percaya cakap saya, keadaan di seluruh Sinai berada di bawah kawalan kami,” kata Abdul Fatah dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Dia juga berkata, mereka yang berkepentingan dalam nahas itu dialu-alukan untuk menyertai siasatan nahas berkenaan.

Pakar sebelum ini berkata, serpihan pesawat dan mayat yang bertaburan di kawasan yang begitu luas menunjukkan pesawat Airbus 321 itu berkecai di udara selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sheikh El-Sharm untuk ke St Petersburg.

Kelmarin, Perisikan Kebangsaan AS James Clapper berkata, dia tidak menolak IS terbabit, tetapi percaya kumpulan militan itu tidak mempunyai kemampuan menembak pesawat itu.

“Setakat ini kami tidak mempunyai bukti secara langsung menunjukkan pembabitan pengganas,” katanya.

Sebelum ini, syarikat penerbangan Metrojet yang mengendalikan pesawat berkenaa berkata, kejadian berlaku akibat faktor luaran dan menolak sebarang kerosakan teknikal atau kesilapan manusia sebagai punca.

“Satu-satunya penjelasan ialah ia mungkin tindakan luaran,” kata eksekutif kanan syarikat itu Alexander Smirnov pada sidang akhbar di Moscow.

Bagaimanapun, ketua pihak berkuasa penerbangan Russia Alexander Neradko menyelar kenyataan itu dengan berkata, rumusan itu dibuat terlalu awal dan tidak berdasarkan fakta sebenar.-Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan