Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Promosikan festival Kaamatan sebagai daya tarikan pelancong

9:02am 14/05/2016 Leolerry Lajius 14 views Tempatan
Pairin (tengah) bersama  barisan pemimpin yang lain menuai padi sebagai gimik perasmian festival berkenaan.

Pairin (tengah) bersama barisan pemimpin yang lain menuai padi sebagai gimik perasmian festival berkenaan.

KOTA KINABALU: Sambutan hari pertama karnival Kaamatan peringkat bandaraya Kota Kinabalu disambut meriah dengan kehadiran lebih seribu orang pengunjung yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan juga pelancong luar negara.

Karnival tersebut yang diadakan buat julung kalinya di Padang Merdeka Kota Kinabalu bertujuan untuk memberi peluang kepada warga bandaraya untuk sama-sama meraikan dan menghayati kepelbagaian budaya di negeri ini khususnya budaya suku kaum Kadazan, Dusun dan Murut.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan,  karnival ini menjadi platform untuk menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya di bandaraya Kota Kinabalu yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Festival kaamatan ini bukan sahaja memberikan sumbangan dalam bidang ekonomi tetapi ia juga menjadi platform kepada kita untuk saling bekerjasama dan adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk mempromosikan karnival ini sebagai daya tarikan pelancong.”

“Melalui karnival seumpama ini ia juga dapat memperlihatkan hubungan erat kita walaupun terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat,”katanya ketika berucap merasmikan karnival tersebut, di sini, semalam.

Beliau juga turut mengucapakan tahniah atas usaha pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kerana telah melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menjamin kebersihan di kawasan bandaraya ini di samping turut mengadakan pelbagai program sebagai data tarikan kepada pelancong di kawasan bandaraya.

“Marilah kita bersama-sama menyokong setiap usaha yang dilakukan oleh pihak DBKK bagi kebaikan kita bersama dan sentiasa memberikan kerjasama bagi menjamin kebersihan di kawasan bandaraya ini,”katanya.

Program yang akan hari ini itu turut dimeriahkan dengan pertandingan Sugandoi, Pertandingan Ratu Unduk Ngadau dan pelbagai lagi pengisian yang lain serta turut menyediakan hampir seratus buah gerai.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan