Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Promosi Kraf Warna-Warni Aidilfitri negeri Sabah 2015 sasar keuntungan jualan lebih tinggi

Kamarlin (dua kanan) melawat kraf tangan yang terdapat di Promosi kraf berkenaan- foto Jimmy Tan / SayangSabah
Kamarlin (dua kanan) melawat Promosi Kraf Warna Warni Aidilfitri – foto Jimmy Tan / SayangSabah
KOTA KINABALU- Promosi Kraf Warna-Warni Aidilfitri Negeri Sabah kali Ketiga mensasarkan nilai jualan promosi kraf sebanyak RM250,000 dengan peningkatan nilai jualan sebanyak RM119,425.10 berbanding tahun lepas.
Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam sekitar negeri, Datuk Kamarlin Ombi berkata, promosi itu pada kali ini mendapat penyertaan seramai 69 usahawan dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
“Daripada jumlah itu, tujuh usahawan adalah dari bidang kraf teksttil manakal 62 dari bidang lain seperti hasil rimba, logam, aneka kraf dan ada juga yang menjual makanan dan minuman serta kuih dan biskut raya,” katanya ketika bercakap kepada pemberita, di sini hari ini.
Menurutnya, objektif promosi itu adalah memberi peluang kepada usahawan kraf untuk memasarkan produk kraf khususnya sempena perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.
Selain itu, promosi itu juga merupakan peluang kepada pengunjung untuk membeli produk kraf buatan Malaysia dan membuat persiapan menjelang Aidilfitiri dengan hiasan produk berasaskan kraftangan.
“Program ini diadakan secara terbuka dan berkonsepkan santai yang mengajak orang ramai mendekati aktiviti-aktiviti secara terus melalui jualan kraf, pendidikan dan interaktif dan pertandingan kraf bersempena sambutan perayaan Aidilfitri,” katanya.
Katanya, sempena pameran itu, pelbagai aktiviti turut diadakan untuk memeriahkan lagi promosi itu iaitu seperti pertandingan memakai samping, menganyam ketupat, dan lagu-lagu salingan nasyid dan lagu Hari Raya turut dipersembahkan.
Dalam pada itu, beliau berharap agar orang ramai tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke promosi berkenaan untuk melihat dan membeli produk-produk kraf tempatan yang dijual. – Oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan