Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Promosi Hasil Undian Pelanggan Jadikan Empayar Bundle Terkenal Di Sandakan

bundle

SANDAKAN : Kaedah promosi yang tersendiri menjadikan Empayar Bundle, sebuah premis menjual pakaian terpakai atau bundle di Batu 3 Jalan Utara By Pass dekat sini, sering mendapat tempat di hati pelanggan.

Pengusaha perniagaan itu, Mohammed Haszrul Hastan, 31, berkata langkah itu perlu dibuat berikutan persaingan perniagaan barangan terpakai yang semakin banyak di daerah ini kerana mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

Beliau berkata promosi yang dibuat adalah berdasarkan cadangan dan keputusan pelanggan seperti menawarkan potongan harga dan jualan secara pakej.

“Kami akan mengiklankan contoh promosi dan pakej jualan untuk diundi oleh pelanggan, jika majoriti memilih pakej jualan, maka pakej itu akan diperkenalkan,” katanya kepada Bernama.

Mohammed Haszrul berkata antara pakej dan promosi yang disediakan ialah pelanggan boleh membeli barangan terpakai dengan harga serendah RM10 dalam satu beg plastik yang boleh memuatkan lebih daripada 20 helai pakaian.

“Promosi lain seperti menjual pakaian bundle serendah RM5 untuk satu kilogram,” katanya yang turut menjual kasut, beg dan topi terpakai.

Empayar Bundle yang baru beroperasi sejak empat bulan lalu menyediakan pakaian terpakai yang diimport dari luar negara seperti Korea, Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.

Sementara itu, seorang peminat pakaian terpakai Mohd Qhairil Syah Salim, 19, menyifatkan promosi yang dibuat oleh Empayar Bundle itu menjadikan premis itu terkenal berbanding pengusaha lain di daerah ini.

“Saya dan rakan akan ke kedai bundle sekiranya ada pakaian terpakai baru sampai untuk mendapatkan pakaian terpakai berjenama dengan harga yang murah,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan