Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Promosi Dadah Di Facebook Ditangkap

jual dadah

ZAGREB, Croatia – Seorang lelaki yang didakwa kerana cuba mempromosikan dadah di laman sosial Facebook telah memfailkan rayuan terhadap denda yang dikenakan terhadapnya.

Lelaki tersebut, Stjepan Pavlekovic, 49, memberi alasan bahawa tindakannya memuat naik status gambar yang memaparkan karakter kartun Popeye di hadapan pokok ganja hanya merupakan bahan jenaka.

Pavlekovic yang merupakan bekas ahli geologi juga memuat naik watak Snow White dalam filem Disney yang diberikan daun ganja oleh ahli sihir dengan menukarkan adegan asal watak kartun itu yang diberikan epal beracun.

“Saya hanya memuat naik semua itu untuk berjenaka dan bukan mempromosi dadah. Denda yang dikenakan terhadap saya tidak munasabah,” katanya.

Jumaat lalu, Pavlekovic yang tinggal di Lepoglava telah ditahan oleh pihak berkuasa di Varazdin, utara Croatia dan dikenakan denda sebanyak 130 Euro (RM530) atas kesalahannya itu. – AFP.

Komen


Berita Berkaitan