Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Promosi budaya orang Sabah melalui karya penulisan

Kathrina
Kathrina

KOTA KINABALU – Seorang penulis buku bertekad mengetengahkan kebudayaan masyarakat Sabah dalam karya penulisan beliau agar warisan budaya negeri ini tidak dilupakan oleh generasi baharu.

Kathirina @Susanna binti Tati berkata, pekerjaan sebagai seorang pengurus di salah sebuah hotel tidak menghalang beliau untuk menulis kerana melalui penulisan membolehkannya membantu mempromosikan kebudayaan masyarakat Sabah.

Menurutnya, masyarakat negeri ini yang berbilang kaum mempunyai kepelbagaian budaya yang unik dan harus diperkenalkan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan orang muda yang semakin lupa akan budaya sendiri.

Tambahnya lagi, seni dan warisan akan hilang sekiranya tiada langkah untuk mengekalkannya dilakukan.

Sehubungan itu, beliau berharap melalui penghasilan sembilan buah karyanya iaitu termasuk novel, puisi, dan cerpen akan membantu mempromosikan budaya masyarakat Sabah. – Oleh DEWIANA TINGGOLONGON / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan