Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Projek Wi-Fi Komuniti Bantu Rakyat Dapat Akses Internet – Salleh

5:25pm 22/03/2016 Pak Roshan 16 views Mutakhir,Nasional
Datuk Seri Salleh Said Keruak

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak

KUALA LUMPUR – Projek Wi-Fi Komuniti (WK) disediakan kerajaan di kawasan luar bandar bertujuan membantu rakyat mendapatkan akses Internet secara kolektif dan setempat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau menjelaskan kemudahan WK merupakan inisiatif bersifat sementara dan bukan bersifat kekal sementara menunggu pembangunan infrastruktur yang membolehkan Internet diakses secara menyeluruh dibina.

“Projek ini akan ditamatkan sebaik sahaja akses Internet dapat dicapai dengan lebih baik dan menyeluruh oleh penduduk.

“Ertinya bila sampai ke satu tahap, jika kita berpendapat tempat itu sudah ada kemudahan Internetnya, maka ia (WK) tidak diteruskan lagi,” katanya semasa menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya sehingga kini, sebanyak 3,209 WK telah ditamatkan perkhidmatan manakala 3,148 WK masih lagi beroperasi di seluruh negara. Sebanyak 1,761 lagi berada dalam peringkat pelaksanaan.

Projek WK yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia, dilancarkan pada tahun 2011 bertujuan menyediakan perkhidmatan Wi-Fi secara hotspot kepada penduduk setempat di luar bandar.

Mengulas lanjut Salleh berkata kerajaan bersedia mengkaji semula kawasan-kawasan yang ditamatkan kemudahan WK itu bergantung kepada keperluan setempat.

“Contohnya di Sarawak, kita mengambil keputusan untuk meneruskan kemudahan ini kerana ada kawasan (pedalaman) yang jauh sangat dan perlu lagi kemudahan sedemikian, manakala di Semenanjung, ada kawasan yang kemudahan (Internet) tidak ada, tetapi (WK) dihentikan, kita akan lihat semula,” katanya. – BERNAMA

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan