Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Projek ‘The Shore’ tarik ramai pelabur asing

KENANGAN…Raymond (tengah) bergambar kenangan selepas Majlis Menandatangani Perjanjian.

KOTA KINABALU: Kolaborasi Titijaya Land Berhad bersama CREC Development (M) Sdn Bhd dalam projek pembangunan hartanah yang dikenali sebagai ‘The Shore’ menarik ramai pelabur asing.

Timbalan Pengarah Pengurusan Titijaya Land Berhad, Lim Poh Yit berkata sambutan memberangsangkan diterima dari para pelabur dalam pembangunan perumahan dan unit komersial di Sabah.

“Sabah merupakan tempat ke enam seluruh dunia sebagai tempat pilihan untuk bersara pada tahun 2016. Hal ini menjadi antara punca penarik minat para pelabur di Sabah.

“Selain itu, komitmen kerajaan tempatan membangunkan Sabah menjadi sumber keyakinan mereka untuk melabur dalam projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Menandatangani Perjanjian Kontrak Usahasama Dengan The Ascott Limited dan Pelancaran Projek The Shore Di Pusat Bandaraya Kota Kinabalu di salah sebuah hotel terkemuka di sini, petang kelmarin.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata projek ini akan meningkatkan ekonomi Sabah untuk terus membangun.

“Pelaburan yang masuk akan membantu kita menyediakan infrastruktur yang lebih baik seperti jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik dan pengangkutan awam,” ujar beliau.

Menurut Raymond, Sabah merupakan negeri ke lima tertinggi dalam menarik pelabur asing di Malaysia./PENERANGAN-

 

Komen


Berita Berkaitan