Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Projek Samur capai tahap 90 peratus

Sapawi (kanan) memberikan wang raya kepada kanak-kanak dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PCG yang diadakan di Dewan Serbaguna Sipitang. - foto Aryan de Vera / SayangSabah
Sapawi (kanan) memberikan wang raya kepada kanak-kanak dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PCG yang diadakan di Dewan Serbaguna Sipitang. – foto Aryan de Vera / SayangSabah

SIPITANG – Selain bakal menjadi hab industri minyak dan gas di Sabah, Sipitang juga akan menerima tempias hasil pelaksanaan Projek Ammonia Urea Sabah (Samur).

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, projek berimpak tinggi yang kini telah mencapai tahap pembinaan lebih 90 peratus itu akan memberi limpahan besar kepada pembangunan ekonomi di kawasan tersebut.

“Projek bernilai RM4.6 billion ini bakal menjana kepesatan ekonomi kepada masyarakat setempat selain membuka peluang pekerjaan kepada kira-kira 4,000 orang apabila ia mula beroperasi,” katanya ketika ditemui pemberita sempena majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Petronas Chemicals Group Berhad (PCGB) di Dewan Sipitang, di sini hari ini.

Sapawi yang juga Pengarah Yayasan Sabah menambah, Samur turut terlibat dalam banyak program berbentuk kemasyarakatan di kawasan ini terutama bidang pendidikan menerusi pelbagai sumbangan yang diberikan di peringkat sekolah di kawasan ini.

Sehubungan itu, pihaknya berterima kasih di atas inisiatif PCGB dan Samur yang sentiasa melaksanakan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat setempat. – oleh Aryan de Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan