Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Projek Samur AS$1.9 billion dikendali anak tempatan Sabah

Sapawi (kanan) mengagihkan sumbangan raya kepada kanak-kanak di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PCG yang diadakan di Dewan Serbaguna Sipitang, semalam.
Sapawi (kanan) mengagihkan sumbangan raya kepada kanak-kanak di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PCG yang diadakan di Dewan Serbaguna Sipitang, semalam.

SIPITANG – Pembinaan loji projek Ammonia Urea Sabah (Samur) yang dijangka siap sepenuhnya awal tahun depan berupaya menghasilkan ammonia sebanyak 740,000 metrik tan setahun (mtpa) dan baja urea sebanyak 1.2 juta mtpa.

Projek bernilai AS$1.9 billion itu turut dilengkapi utiliti bersepadu, jeti dan beberapa kemudahan sokongan bagi kelancaran pengendaliannya.

Menyatakan perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Fetilisers Sabah Sdn. Bhd., Mohd. Iskandar Bakeri berkata, projek Samur kini mencapai tahap pembinaan lebih 90 peratus membabitkan pembinaan tiga loji pengeluaran utama iaitu amonia, urea dan pembutiran di dalam satu kompleks menggunakan teknologi dari luar negara.

“Pada masa ini, Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mengendallikan dua loji pengeluaran urea iaitu sebuah loji dengan kapasiti 750,00 mtpa di Bintulu, Sarawak dan sebuah lagi dengan kapasiti 683,000 mtpa di Gurun, Kedah.

“Projek Samur apabila siap kelak bakal menggandakan kapasiti pengeluaran baja urea sedia ada PCG kepada kira-kira 2.6 juta mtpa, menjadikan PCG pengeluar kedua tersebesar di Asia Tenggara menjelang 2016,” katanya ketika berucap dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Petronas dan Parlimen Sipitang di Dewan Masyarakat, di sini semalam.

Majlis itu dihadiri Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad dan Ketua Direktorat Projek PCG, Datuk Muhammad Shah Ali serta dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 5,000 orang dari sekitar daerah tersebut.

Mohd. Iskandar berkata, PCG juga bekerjasama dengan konsortium kontraktor projek terdiri daripada Mitsubishi Heavy Industries Ltd., Apex Energy Sdn. Bhd. dan PT Rekayasa Industri, bagi melaksanakan projek Samur.

Tambah beliau lagi, Sabah Energy Corporation turut dilantik sebagai syarikat sekutu konsortium kontraktor Samur yang mewakili kerajaan Sabah bagi mengagihkan projek termasuk pembinaan jalan raya, jeti, landskap dan keselamatan kepada syarikat tempatan.

Mohd. Iskandar menjelaskan, penyertaan dan pendedahan syarikat tempatan di dalam pelaksanaan projek ini akan meningkatkan keupayaan dan pengalaman mereka seterusnya membuka lebih banyak peluang untuk mereka dalam industri berkaitan.

“Samur adalah pemangkin kepada pertumbuhan sektor sokongan yang seterusnya membawa manfaat positif untuk pembangunan sosial dan ekonomi tempatan seperti yang berlaku di kawasan operasi PCG lain termasuk di Gurun, Kertih, Gebeng, Bintulu dan Labuan.

“Selain itu, kira-kira 90 peratus operator loji dan 80 peratus kakitangan penyenggaraan merupakan anak Sabah sendiri,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan