Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Projek Penapisan Minyak Di Luar Pantai Pulau Daat Digiatkan Semula

pulau daat

LABUAN: Projek penapisan minyak bersepadu petroleum berharga RM3 bilion di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) di luar pantai Pulau Daat yang terbengkalai akan digiatkan semula untuk menampung permintaan yang semakin meningkat di peringkat serantau.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur, berkata ini memandangkan perkembangan positif daripada negara-negara jiran yang menyediakan kemudahan logistik marin, terminal minyak, depoh kontena dan kemudahan sokongan pelabuhan yang lain.

Beliau berkata kementerian itu, melalui agensinya, Perbadanan Labuan, sedang mengkaji untuk menjadikan Pulau Daat sebagai sebuah hab minyak dan gas untuk mengembangkan lagi sektor minyak dan gas di pulau itu.

“Jika projek penapisan minyak Pulau Daat gagal, kami telah mencadangkan Pulau Kuraman (menjadi hab pemprosesan penapisan minyak Labuan), dan jika ini tidak boleh dipertimbangkan, sekurang-kurangnya projek Pulau Daat mesti diteruskan,” katanya dalam satu sidang akhbar Ahad malam.

Tengku Adnan berkata penggiatan semula projek itu akan banyak membantu memacu ekonomi pulau itu dan menjana pendapatan negara.

Beliau berkata projek Kuraman yang dicancangkan itu masih menunggu keputusan Unit Perancang Ekonomi serta Unit Perkongsian Sektor Awam dan Swasta di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Projek Pulau Daat, yang dilaksanakan bersama oleh syarikat berpangkalan di Sabah, RG Gas and Chemicals, dan syarikat milik China Zhuhai Winbase International Chemical Tank Terminal Co Ltd, dikatakan telah mewujudkan sebanyak 3,000 pekerjaan bagi penduduk tempatan dalam fasa pembinaan.

Kata beliau, kementerian itu juga sedang mengkaji perkembangan hab pengedaran halal berharga RM37 juta, Kelab Golf Antarabangsa Labuan (18 lubang) berharga RM27 juta dan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

“Kami sedang mengkaji daya maju ekonomi projek-projek ini bagi pulau ini dan rakyat secara keseluruhan.

“Pelbagai transformasi bagi pembangunan jangka panjang pulau ini sedang dalam Perancangan DAN pemmbangunan kini ditumpukan kepada projek-projek yang memberi faedah kepada rakyat. Ini untuk mengelakkan pembaziran dana,” tegas beliau.

Komen


Berita Berkaitan