Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PROJEK PEMBINAAN LOJI RAWATAN AIR PITAS KE-DUA BERHARGA RM52 JUTA TIDAK LAMA LAGI

Ewon (dua kanan) mendengar penjelasan daripada Jurutera Air Bahagian Kudat, Pitas dan Kota Marudu James Suana (kanan) mengenai pembangunan bekalan air Pitas. -Gambar SNT/Ehsan KPLB Sabah

PITAS: Masalah kekurangan bekalan air di daerah ini akan dapat ditangani apabila Loji Rawatan Air  ke-dua bernilai RM52 juta siap kelak.

Menurut, Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick , projek di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) itu kini dalam peringkat urusan reka bentuk terperinci dan dijangka akan dilaksanakan tidak lama lagi.

“Jika semuanya berjalan lancar, kita berharap pelaksanaan projek ini dapat dimulakan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Loji Air Pitas dan mendengar taklimat ringkas pembangunan bekalan air daerah Pitas di sini hari ini.

Ewon (lima dari kiri), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas Datuk Bolkiah Ismail (enam dari kiri), Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sabah Sualim Sanan (tujuh dari kiri) dan James (dua dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan Jabatan Air Pitas dan rombongan KPLB Sabah dan Pusat, di Loji Air Pitas. -Gambar SNT/Ehsan KPLB Sabah

Katanya, bagi mengatasi masalah bekalan air di Pitas, Projek Penyambungan Paip Sistem Retikulasi dan Agihan daerah itu sedang dalam pertimbangan kelulusan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Pusat untuk Rolling Plan Tiga Tahun 2018.

“Program BALB ini melibatkan penyambungan dan pembesaran paip.

“Sekiranya diluluskan dalam tahun ini, projek ini dijangka akan siap dilaksanakan pada penghujung tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata, ekoran pertambahan penduduk dan pembangunan pesat di daerah itu, kadar permintaan air semasa adalah sebanyak 10 juta liter sehari (JLH) iaitu melebihi kadar pengeluaran kapasiti Loji Rawatan Air Pitas.

“Dua Loji Rawatan Air sedia ada iaitu di pekan Pitas dan Kanibongan hanya dapat mengeluarkan sebanyak 6.0 JLH.

“Permintaan semasa bekalan air di Pitas semakin meningkat disebabkan adanya perancangan pembangunan di daerah ini.

“Oleh itu permintaan adalah tidak mencukupi daripada pengeluaran bekalan air sedia ada,” katanya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan