Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,755

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Projek Pembinaan Jalan Gonipis-Tobobon Dilaksanakan Tahun Depan-Pairin

3:37pm 24/11/2016 Pak Roshan 17 views Laporan Sidang DUN,Mutakhir

jalan

KOTA KINABALU : Projek pembinaan jalan raya Gonipis-Tobobon telah diluluskan di bawah peruntukan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata projek berkenaan kini dalam peringkat reka bentuk akhir dan dijangka akan dilaksanakan pada 2017 dengan tempoh pembinaan selama 24 bulan.

“Semua perkara akan diambil kira semasa proses reka bentuk dan projek pembinaan jalan itu (Jalan Gonipis-Tobobon) dan sekiranya ada perkara Yang Berhormat (ADUN Kiulu) ingin utarakan mengenai projek berkenaan, kami sangat alu-alukan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Joniston Bangkuai (BN-Kiulu) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Joniston ingin tahu bila pembinaan jalan raya Gonipis-Tobobon yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pekan Kiulu itu dimulakan dan berapa lama ia dijangka siap.

Sementara itu, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ariffin Mohd Arif berkata kerajaan negeri melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah memperkemaskan sistem tadbir urus wakaf, selain memperkasakan intitusi wakaf sebagai entiti pembangunan sosioekonomi masyarakat.

Ariffin berkata wakaf dan Baitulmal dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Bandar Sabah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Tabung Haji, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mendirikan Bazar Rakyat di perkarangan Masjid Bandaraya, Likas, Pekan Kinabatangan, Masjid Lama Pekan Mambakut, Masjid Kampung Mawao Felda Sahabat dan Felda Umas.

“Tujuan pembinaan Bazar Rakyat adalah bagi mengimarahkan masjid setiap masa, sekali gus memberi peluang perniagaan kepada masyarakat setempat. Selain itu Bahagian Wakaf dan Baitulmal sedang membuat kajian bagi melaksanakan Skim Wakaf Tunai bagi mengumpul dana di negeri ini,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamad Alamin (BN-Bongawan) mengenai peranan wakaf di Sabah dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat.

Dalam perkembangan lain, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Yahya Hussin yang turut mengambil bahagian dalam sesi soal jawab itu berkata Jabatan Pertanian telah melaksanakan beberapa program tanaman pertanian di daerah Tawau, termasuk Taman Kekal Pengeluaran Makanan, projek inkubator usahawan dan program komoditi tanaman melibatkan tanaman padi di Pulau Sebatik.

“Selain itu, Jabatan Pertanian juga menyediakan khidmat nasihat kepada kepakaran teknikal dalam aspek agronomi, pengurusan perosak, fisiologi dan pemakanan tumbuhan di daerah Tawau,” katanya ketika menjawab soalan Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) yang ingin tahu tentang usaha kementeriannya dalam menggalakkan aktiviti pertanian di Tawau.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan