Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,750

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Projek Pembinaan Empangan Ulu Padas Sudah Ditenderkan – Azizah Mohd Dun

8:56pm 08/11/2015 Pak Roshan 34 views Tempatan

azizah7

BEAUFORT : Projek pembinaan Empangan Ulu Padas yang menelan kos kira-kira RM2 bilion kini telah ditenderkan, kata anggota Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata projek pembinaan empangan itu amat penting bagi mengurangkan risiko banjir di daerah Beaufort.

“Projek itu telah ditenderkan dan kita tunggu pelaksanaannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Hari Warga Emas dan Kanak-Kanak Parlimen Beaufort di Dewan Pa’Musa di sini hari ini.

Projek pembinaan Empangan Ulu Padas yang dicadangkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili tahun lepas, berfungsi menjana kuasa elektrik selain berperanan sebagai tebatan banjir di daerah berkenaan.

Kekerapan banjir di daerah Beaufort menyebabkan banyak kemusnahan kawasan pertanian yang menjadi punca ekonomi penduduk, malah turut membebankan penduduk apabila terpaksa berpindah serta peralatan rumah juga rosak.

Dalam perkembangan lain, Azizah selaku Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata setiap anggota parti perlu memberi sokongan padu kepada perjuangan parti dan menerapkan disiplin yang tinggi.

“Jika ada yang tidak puas hati, kita bincang dalam parti supaya ia diselesaikan dengan baik dalam suasana kekeluargaan supaya parti dihormati oleh semua anggota termasuk pihak kawan dan lawan,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan