Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Projek pembinaan dan penyiapan refit Scorpene berjalan lancar

Hishamuddin (tengah) bersama beberapa pegawai tertinggi TLDM mendengar penerangan mengenai kerja menaiktaraf kapal selam Scorpene di pangkalan TLDM, Sepangar. - foto Alex Mairin
Hishamuddin (tengah) bersama beberapa pegawai tertinggi TLDM mendengar penerangan mengenai kerja menaiktaraf kapal selam Scorpene di pangkalan TLDM, Sepangar. – foto Alex Mairin

KOTA KINABALU – Pembinaan dan penyiapan infrastruktur refit kapal selam Scorpene sedang giat dilaksanakan di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepangar, Kota Kinabalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, status pelaksanaan projek berkenaan kini pada tahap 12 peratus mengikut jadual ditetapkan dan pembinaan infrastruktur itu merangkumi tiga buah workshop untuk kerja-kerja penyelenggaraan peralatan kapal selam dan penyimpanan.

“Bagi memastikan kedua-dua kapal selam ini dapat beroperasi sehingga tempoh maksimum (35 tahun),kerajaan dengan kerjasama Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd. melaksanakan penyelenggaraan secara berkala,” katanya kepada pemberita selepas melawat pangkalan TLDM di Sepangar, di sini hari ini.

Menurut beliau, pangkalan TLDM Kota Kinabalu yang dibina pada 16 April 2001 merangkumi Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) dan Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS).

Kapal selam Scorpene yang berlabuh di pangkalan TLDM, Sepanggar. - foto Alex Mairin
Kapal selam Scorpene yang berlabuh di pangkalan TLDM, Sepanggar. – foto Alex Mairin

Katanya, MAWILLA 2 mempunyai hubungan antarabangsa dengan negara jiran iaitu Brunei Darussalam dan Filipina khususnya melalui eksesais bersama yang dilaksanakan setiap tahun iaitu eksesais Hornbill dengan Brunei dan Eksesais MALPHI Laut dengan Filipina.

“Untuk makluman, kawasan tanggungjawa MAWILLA 2 meliputi kawasan seluas 310,661 kilometer persegi yang merangkumi Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi. Pangkalan ini dibekalkan dengan aset seperti kapal selam, kapal ronda NGPV, kapap peronda laju, patrol dan bot CB90.

“Pangkalan ini turut menempatkan beberapa buah kapal negara asing seperti Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Perancis, Jepun, Singapura dan India, sekaligus menjadikannya sebagai Port of Call sepanjang tahun lalu,” ujarnya.

Hishamuddin memberitahu, sejka 2009, Tentera Laut Perancis telah menempatkan penasihat di MAKS untuk membantu TLDM memberi khidmat nasihat dalam aspek operasi dan penyelenggaraan kapal selam.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, bagi perancangan masa depan, kesiapsiagaan pangkalan ini harus ditambahbaik dengan sistem pertahanan udara yang canggih untuk mengatasi apa juga cabaran mendatang.

Tambah beliau lagi, sesuai dengan kepesatan pembangunan teknologi, TLDM sedang memikirkan perancangan terbaharu termasuk bagi menangani senario ancaman semasa di Laut China Selatan dan perairan Pantai Timur Sabah. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan