Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Projek pembangunan bernilai RM 60 juta dilaksanakan di Ranau

3:06pm 15/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 1525 views Tempatan
Siringan (kedua kiri) menerima momento daripada Ruji, yang disaksikan oleh Hisyamuddin (kiri) dan Pegawai Pembangunan Negeri Sabah, Mat Reo Oredi.

Siringan (kedua kiri) menerima momento daripada Ruji, dan disaksikan oleh
Hisyamuddin (kiri) dan Pegawai Pembangunan Negeri Sabah, Mat Reo Oredi.

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Siringan Gubat berkata pelbagai projek bernilai RM 60 juta yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan di kawasan Parlimen Ranau sepanjang tempoh tiga tahun ini.

Menurut Siringan yang turut merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panginatan, beliau bersyukur dan berharap agar Kerajaan Persekutuan akan terus menyalurkan dana bagi pembangunan di kawasan tersebut.

Selain itu, beliau turut berkata bahawa terdapat beberapa kawasan di bawah Parlimen Ranau termasuk Panginatan perlu dibangunkan.

Beliau berkata demikian semasa Pegawai Pembangunan Negeri Sabah, Ruji Ubi yang telah mengunjungi pejabatnya, disini, selasa lepas.

Disamping itu,  Ruji turut melaporkan kepada Siringan berkenan dengan maklumat terbaru berkaitan projek pembangunan di kawasan luar bandar

Turut hadir semasa kunjungan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Bruno Vun dan Pegawai Perhubungan Awam, Hisyamuddin Harun. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan