Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Projek Naiktaraf Hospital Tawau Dalam Proses Tender – Chen

12:18pm 11/06/2016 Pak Roshan 100 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
Hospital Tawau

Hospital Tawau

TAWAU – Projek menaiktaraf Hospital Besar Tawau, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Rancangan Malaysia Ke-11, masih dalam proses tender, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Dr Chen Chaw Min.

Beliau berkata usaha menaiktaraf hospital itu membabitkan pembinaan bangunan baharu hospital dilengkapi enam dewan bedah, bilik endoskopi dan wad.

Katanya projek menaiktaraf itu turut membabitkan kemudahan Jabatan Kecemasan dan Jabatan Radiologi yang bakal dilengkapi beberapa fasiliti seperti alat CT Scan, Magnetic Resonance Imaging (MRI), mammogram dan helipad.

“Kos projek menaiktaraf ini membabitkan RM200 juta dan memerlukan masa sehingga tiga tahun untuk disiapkan,” katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan rasmi ke Hospital Besar Tawau di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Chen berkata Hospital Besar Tawau mencatatkan pencapaian sebagai antara perintis Projek Hospital Kluster di Sabah yang dimulakan pada 2012 hingga 2015 selain Hospital Semporna dan Hospital Kunak bagi kawasan pantai timur Sabah.

Chen berkata objektif projek itu diperkenalkan antara lain bagi menambah baik penjagaan materniti, mengomtimumkan dewan bedah bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan di ketiga-tiga hospital terbabit.

Beliau berkata, hasil kejayaan projek itu, perkhidmatan projek kluster diperluas ke disiplin lain seperti pembedahan, ortopedik mulai Januari dan dialisis pada April lepas di hospital terbabit.

Katanya, tiga lagi hospital di Sabah akan dipilih untuk menjayakan Projek Hospital Kluster. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan