Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PROJEK LULUS SEBELUM PRU14 AKAN DIKAJI SEMULA:KSN

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa ketika menyampaikan amanat kepada penjawat awam negeri Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Projek pembangunan yang diluluskan sebelum pilihan raya umum lalu oleh kerajaan terdahulu akan dikaji semula bagi mengelak berlaku salah guna kuasa atau salah tadbir urus.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata, langkah mengkaji semula pelaksanaan projek-projek itu sejajar dengan peraturan perundangan yang ditetapkan oleh pentadbiran kerajaan baharu sekarang.

“Sebenarnya isu projek tidak diluluskan sebelum pilihan raya umum ini, kalau benda itu belum lagi bermula, kita akan menyemak semula pemberiannya (kelulusan) dan sebagainya agar tidak berlaku salah guna kuasa.

“Kalau sesuatu projek itu memang untuk kepentingan rakyat, tidak apa… kalau untuk kepentingan kontraktor atau pegawai atau individu, itu bukan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab dengan penjawat awam dalam Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Bersama Penjawat Awam Negeri Sabah di Auditorium Sabah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, hari ini.

Terdahulu Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai bertanyakan mengenai beberapa projek di Ibu negeri yang terpaksa dihentikan akibat ketiadaan dana peruntukan daripada kerajaan.

Boon Hai berkata, projek tersebut yang diluluskan sebelum pilihan raya umum lalu haruslah diteruskan oleh kerajaan baharu kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat khususnya warga bandaraya itu.

Dalam pada itu, Ali Hamsa menjelaskan, projek yang dikatakan untuk kepentingan rakyat itu akan dinilai semula dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Perbendaharaan Negara. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan