Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Projek kereta api Tanah Haram siap 90 peratus

GAMBAR stesen kereta api di Al-Rusaifah yang dirakam beberapa bulan lalu.
GAMBAR stesen kereta api di Al-Rusaifah yang dirakam beberapa bulan lalu.

Makkah: Pembinaan Projek Kereta Api Tanah Haram (Haramain) sudah 90 peratus siap.

Ketua Jawatankuasa Dewan Perniagaan dan Industri Pengangkutan Makkah, Saad al-Qurashi berkata, ia dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang 2017.

Dengan kemampuan untuk mengangkut 9,000 penumpang sejam, perkhidmatan kereta api itu dapat memudahkan pergerakan jemaah dari Jeddah dan Madinah ke Makkah.

Stesen utamanya terletak di daerah Al-Rusaifah di Makkah yang juga hampir siap.

Jika siap sepenuhnya kelak, stesen itu boleh diibaratkan sebagai sebuah bandar kecil dengan semua perkhidmatan yang diperlukan jemaah umrah dan haji berada di situ.

Sehingga ini, pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyelenggara perkhidmatan kereta api itu belum menetapkan harga tiket. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan