Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Projek kereta api laju Indonesia bermula

10:40am 22/01/2016 Pak Roshan 6 views Global
PRESIDEN Jokowi (dua dari kiri) dan pengurus Syarikat Kereta Api China, Sheng Guangzu (tengah) menyaksikan model kereta api ketika majlis pecah tanah projek kereta api laju Jakarta-Bandung, semalam.

PRESIDEN Jokowi (dua dari kiri) dan pengurus Syarikat Kereta Api China, Sheng Guangzu (tengah) menyaksikan model kereta api ketika majlis pecah tanah projek kereta api laju Jakarta-Bandung, semalam.

WALINI, Indonesia: Majlis pecah tanah untuk laluan kereta api terbaru yang menghubungkan Jakarta dan Bandung berlangsung semalam sekali gus bermulanya projek kereta api laju pertama beroperasi di Asia Tenggara.

Landasan sepanjang 142.3 kilometer dan menelan belanja AS$5.5 bilion (RM24.10 bilion) itu dibina oleh konsortium PT Kereta Cepat Indonesia-China.

Projek itu adalah kerjasama antara konsortium empat syarikat milik kerajaan Indonesia dengan syarikat China Railway International.

Majlis itu disempurnakan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang menandatangani batu peringatan besar di bandar Walini di Jawa Barat, antara lapan stesen yang terdapat di laluan berkenaan.

Perjanjian itu ditandatangani pada Oktober tahun lalu selepas Indonesia memilih China yang bersaing dengan Jepun untuk projek berkenaan.

China bersetuju menyiapkan projek itu tanpa menggunakan wang kerajaan atau memperoleh jaminan Jakarta untuk mendapatkan pinjaman.

Jokowi berkata, kerana tidak menggunakan wang kerajaan, tiada peruntukan ditarik untuk projek pembangunan di wilayah lain di negara itu.

Landasan kereta api dengan kelajuan 250 kilometer sejam itu dijangka mula beroperasi awal 2019 dengan tambang dianggarkan sebanyak AS$16 (RM70.12) untuk perjalanan selama 40 minit. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan