Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Projek Bukit Saujanamas beri peluang masyarakat miliki rumah mampu milik

2:38pm 19/05/2016 Leolerry Lajius 38 views Tempatan
Hajiji melihat replika pelan projek perumahan berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Hajiji melihat replika pelan projek perumahan berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Projek perumahan Bukit Saujanamas beri peluang kepada generasi muda untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan.

Projek perumahan mampu milik ini akan dimajukan oleh Tajuk Unggul Sdn. Bhd. yang bekerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan akan dilaksanakan di Telipok yang hanya 19 kilometer dari Kota Kinabalu.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Haji Noor, projek perumahan ini ini akan memberikan peluang kepada pembeli untuk mendapatkan rumah mampu milik terutama sekali golongan muda.

“Pada hari ini kita sama-sama akan menyaksikan penandatangan kerjasama antara Tajuk Unggul Sdn. Bhd. dan ANGKASA bagi tujuan pembangunan projek perumahan ini.”

“Lokasi projek ini juga sangat strategik kerana terletak berdekatan dengan bandaraya Kota Kinabalu dan lebih istimewa lagi ia mendapat sentuhan arketik terkenal Surbana Jurong,”katanya ketika berucap sempena majlis penandatanganan persefahaman berkenaan,di sini hari ini.

Projek ini akan dibangunkan mengikut beberapa fasa  di tanah seluas 18.44 ekar yang akan merangkumi sejumlah 1,664 unit rumah mampu milik dibina dalam 4 blok 28 tingkat dan sebanyak 15 unit setiap tingkat.

Unit-unit rumah yang akan dibina mempunyai tiga buah bilik dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh 18 bulan.

Projek ini juga akan memberi peluang kepada ahli Koperasi di Sabah untuk memiliki rumah dengan harga mampu milik. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Pengarah Tajuk Unggul C.K. Chang (kanan) dan Naib Presiden ANGKASA Mohamad Azmi Omaruddin (kiri) ketika majlis penandatanganan persefahaman berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Pengarah Tajuk Unggul C.K. Chang (kanan) dan Naib Presiden ANGKASA Mohamad Azmi Omaruddin (kiri) ketika majlis penandatanganan persefahaman berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan