Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PROJEK BANGUNAN BAHARU UNTUK 120 SEKOLAH DAIF DITERUSKAN

Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Yusof Yacob bercakap kepada pemberita. Gambar SNT/Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Projek membina bangunan baharu untuk 120 buah sekolah daif di seluruh negeri ini akan diteruskan menerusi bajet yang diperuntukkan oleh Kementerian Pelajaran dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, projek pembinaan itu akan dilaksanakan secara berperingkat bagi tempoh 2018 hingga 2019 dengan kos sebanyak RM500 juta.

“Kita harap kementerian meneruskan rancangan ini agar bantuan atau bajet ini diberikan untuk kita menggantikan bangunan-bangunan sekolah daif yang ada di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat pendidikan di Wisma Bandaraya hari ini.

Taklimat tersebut disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul.

Dalam taklimat itu, Maimunah mengakui berlaku masalah termasuk kelewatan jadual dalam fasa pertama pembinaan bangunan baharu bagi sekolah-sekolah daif di Sabah dan ia masih dalam proses penyelesaian.

Ditanya mengenai sejumlah 10,000 pemohon yang telah mengemukakan permohonan bagi mengisi jawatan guru di Sabah, perkara itu akan diteliti dan putuskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Katanya, berlaku ketidakseimbangan taburan penempatan guru-guru kerana sebahagian mereka tidak dapat ditempatkan di daerah tertentu.

“Jadi sebab itu kalau kita lihat ada daerah yang mempunyai kawasan bilangan lebih guru dari sepatutnya, tetapi ada sesetengah daerah kurang. Ini akan kita tangani supaya guru-guru ini dapat seimbang mengikut keperluan.

“Bagi guru-guru sekolah agama juga memang ada kekurangan dan ini perlu kita tangani segera kerana masalah kekurangan guru agak serius,” katanya.-SabahNewsToday

 

Komen


Berita Berkaitan