Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program Ziarah Kebajikan dekati rakyat akar umbi

Azizah Mohd. Dun bertanya khabar dengan salah seorang warga emas ketika melakukan kunjungan dalam program Ziarah Kebajikan Parlimen Beaufort di Kota Klias. - foto Aryan De Vera
Azizah Mohd. Dun bertanya khabar dengan salah seorang warga emas ketika melakukan kunjungan dalam program Ziarah Kebajikan Parlimen Beaufort di Kota Klias. – foto Aryan De Vera

BEAUFORT – Program Ziarah Kebajikan Parlimen Beaufort boleh dijadikan platform berguna kepada penduduk mengutarakan masalah di kawasan mereka untuk dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa.

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, program berkenaan merupakan usaha berterusan pihaknya bagi memberikan khidmat kepada golongan sasaran seperti warga emas yang memerlukan pembelaan.

Menurut Azizah, pihaknya terus bergerak aktif menjalankan aktiviti kemasyarakat dan pada kali ini tumpuan diberikan kepada golongan warga emas yang tinggal di beberapa kawasan di Kota Klias, di sini.

Selain itu katanya, program ziarah kebajikan yang turut disertai sukarelawan belia itu juga meliputi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan anak yatim piatu.

“Ia sekaligus dapat menzahirkan keprihatinan kita terhadap golongan kurang bernasib baik ini dengan memberikan sumbangan dan bantuan bagi menterjemahkan usaha pembelaan kita terhadap nasib mereka,” katanya kepada pemberita dalam lawatan ke beberapa buah rumah di Kampung Laba, di sini hari ini.

Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, program yang dilaksanakan setiap minggu itu merupakan usaha berterusan pihaknya bagi memberikan khidmat kepada golongan sasaran.

Jelas beliau lagi, pelaksanaan program turun padang itu diharap dapat menepati kumpulan sasaran termasuk mampu memberi impak positif dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat di kawasan Parlimen itu. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan