Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program ziarah anak muda Sepanggar

Prihatin....Fadilah Sarbi bersama kanak-kanak yang menerima bantuan persekolahan di Kampung Rampayan Laut, Sepanggar.
Prihatin….Fadilah Sarbi bersama kanak-kanak yang menerima bantuan persekolahan di Kampung Rampayan Laut, Sepanggar.

Kota Kinabalu : Pertemuan dengan anak-anak yatim dan asnaf yang menetap di Rumah Erat Amal Kasih Kingfisher telah mengeratkan lagi hubungan sirahtulrahim antara ahli-ahli Puteri UMNO Sepanggar dengan penghuni rumah anak-anak yatim tersebut.

Dalam kunjungan itu, Ketua Puteri UMNO Semporna, Fadilah Sarbi berharap semoga pengasas rumah ini mendapat limpah dan rahmat dari Allah swt.

Rombongan itu turut membuat lawatan ke  Kampung Rampayan Laut, Sepanggar dan turut menyerahkan bantuan awal persekolahan  kepada 15 orang kanak-kanak yang melangkah Tahun 1.

Menurut beliau, Program Ziarah Anak Muda Sepanggar anjuran Pergerakan Puteri UMNO Sepanggar telah menyampaikan sumbangan dengan membawa menyerahkan bantuan awal persekolahan kepada anak-anak yang bersekolah rendah.

 

Tambah Fadilah, program itu  merupakan sebahagian daripada aktiviti khidmat sosial tahunan pergerakan itu dalam usaha mendekati golongan miskin dan golongan yang kurang bernasib baik.

 

“Melalui Program ini, Puteri UMNO Sepanggar dapat melihat dan dengan cara melawat sendiri untuk menyampaikan sumbangan, diharap dapat mengeratkan hubungan dengan golongan tersebut.

 

Program tersebut yang lebih menfokuskan aspek kebajikan dan pembelaan terhadap masyarakat kurang bernasib baik dan diharapkan dapat mendekatkan lagi pergerakan Puteri dengan golongan di peringkat akar umbi,” jelas Fadilah./SayangSabah

Kenangan.....Fadilah dan Puteri UMNO Sepanggar bergambar kenangan bersama anak-anak yatim di Rumah Erat Amal Kasih Kingfisher.
Kenangan…..Fadilah dan Puteri UMNO Sepanggar bergambar kenangan bersama anak-anak yatim di Rumah Erat Amal Kasih Kingfisher.

Komen


Berita Berkaitan