Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program [email protected] bantu usahawan wanita luar bandar

ANTARA peserta wanita yang menyertai program itu.
ANTARA peserta wanita yang menyertai program itu.
KOTA KINABALU – Wanita mewakili 66 peratus tenaga kerja dunia tetapi mereka hanya mewakili 10 peratus daripada penjanaan pendapatan di seluruh dunia.
Sungguhpun wanita secara purata dibayar rendah, namun mereka didapati membelanjakan 90 peratus daripada pendapatan masing-masing untuk keperluan keluarga dan komuniti.
Perkara ini didedahkan hasil daripada kajian oleh Tabung Kanak-kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Sehingga suku kedua tahun 2014, 53.7 peratus jumlah tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada kaum wanita, lapor Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Kerajaan menyasarkan pada 2015, peratusan ini akan meningkat kepada 55 peratus.
Tidak dinafikan peranan kaum waniti masa kini amat pelbagai, selain sebagai seorang pekerja mereka menggalas tanggungjawab sebagai ibu, isteri, anak, dan anggota masyarakat.
Namun, bagaimana potensi besar golongan wanita boleh dipupuk dengan lebih berkesan agar mereka mampu meraih pendapatan yang lebih baik dan dalam masa yang sama boleh mengimbanginya dengan tuntutan tanggungjawab harian kepada keluarga?
PROJEK ‘5BY20’ COCA-COLA
Syarikat minuman antarabangsa, Coca-cola melalui pengalaman mereka menjalankan perniagaan di lebih 200 negara di seluruh dunia turut menyedari potensi kaum wanita dalam membangun ekonomi.
Oleh itu program ‘5by20’ dilancarkan pada 2010 dengan objektif meningkatkan keupayaan lima juta wanita dalam bidang keusahawanan menjelang 2020.
Daripada golongan petani, pengusaha produk kraftangan, pengumpul bahan untuk kitar semula mahupun peruncit kecil-kecilan, program ini berharap dapat melatih kaum hawa untuk maju dalam apa sahaja bidang yang diusahakan.
Sehingga hari ini 5by20 telah berkembang ke 44 negara seperti Brazil, China, Costa Rica, Mesir, Haiti, India, Kenya, Mexico, Nigeria, Filipina, Afrika Selatan, Indonesia dan Thailand.
Malaysia turut bertuah menjadi negara yang terbaru dalam senarai ini selepas pelancaran rasmi inisiatif 5by20 peringkat kebangsaan pada akhir November lepas.
Dikenali sebagai nama SURI, singkatan kepada Sertai Usahawan Realisasi Impian, ia melibatkan kerjasama strategik dengan KPWKM.
BEAUFORT LOKASI PROJEK RINTIS
Dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun, beliau menyatakan rasa bangga melihat kerjasama baik antara sektor awam dan swasta.
[email protected] merupakan projek rintis yang diperkenalkan di Malaysia dan bermula di Beaufort. Ia dibuka kepada golongan wanita yang mempunyai perniagaan kecil-kecilan sekitar daerah ini dengan tujuan memajukan wanita di kawasan luar bandar dan pinggir bandar menjadi usahawan berjaya, sekali gus meningkatkan taraf sosio-ekonomi keluarga mereka,” kata beliau dalam ucapan perasmiannya.
Projek yang dilaksana sejak Jun tahun ini melibatkan 132 wanita dari sekitar daerah ini seperti Sipitang, Menumbok, Kuala Penyu, Membakut, Limbawang, Bongawan dan Pekan Beaufort.
Peserta diberi latihan selama 10 jam dalam tempoh lima minggu dengan tiga fokus utama iaitu latihan kemahiran perniagaan, teknik mendapatkan akses kepada kredit dan penubuhan rangkaian kesepakatan antara peniaga dan mentor.
“Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Saya yakin peserta Suri suatu hari nanti bukan sekadar berjaya sebagai peniaga kedai runcit, gerai makanan atau pasar malam malah akan membesarkan perniagaan masing-masing ke tahap mini-market atau kedai TUKAR, restoran makanan lima bintang, dan sebagai stokis jualan di daerah masing-masing,” kata Azizah.
Azizah turut menyatakan, dengan kejayaan program rintis ini, pihak kementerian tidak teragak-agak akan meluaskan program ini ke lokasi lain di seluruh negara dalam jangka masa terdekat.
PENDEKATAN ‘MENGANGKAT’ BUKAN ‘MEMBERI’
Pengurus Besar Coca-cola Singapura, Malaysia dan Brunei, Gill Mc Laren berkata, pihaknya amat percaya kepada kemampuan kaum wanita memperbaiki strata ekonomi dan sosial mereka jika diberi peluang sewajarnya.
“Kerana ini kami memilih pendekatan untuk ‘mengangkat’ mereka, bukan ‘memberi’semata-mata kerana ia diharapkan dapat memberi kesan positif untuk jangka masa panjang, bukan sekali sahaja,” katanya.
Beliau turut menjelaskan syarikat ini telah banyak melaksanakan program untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di negeri ini yang kebanyakannya melibatkan pembekalan air bersih kepada penduduk di kawasan seperti Ranau, Kota Marudu, Pulau Mabul, Pulau Denawan dan Penampang.
“Sasaran Coca-cola ialah untuk melatih 20,000 usahawan wanita menjelang 2020. Ia memang boleh dicapai. Ada ramai usahawan wanita di luar sana,” jelas Gill.
PENDAPATAN MENINGKAT
Suasana meriah pada hari graduasi peserta [email protected], tak ubah seperti majlis konvokesyen di universiti.
Ada yang memberitahu penulis bahawa mereka diraikan seperti graduan menara gading dan ia adalah satu pengalaman manis buat mereka yang rata-ratanya tidak berpendidikan tinggi, malah ada yang tidak tamat persekolahan.
Dayang Ku Supiah Pangeran Sakibas, 40, sudah berniaga selama 10 tahun. Sebelum menyertai program ini, beliau hanya menjual soto dan minuman di gerai kecil di Kampung Kukut, Limbawang.
“Dulu saya tiada rekod kira-kira, tiada bajet, rasa lemas nak berniaga. Tak tahu duit pergi mana. Dalam program saya kenal ramai orang, belajar banyak resepi dan mula jual burger, ikan bakar dan ayam panggang.
“Saya cuba-cuba campur air Coca-cola dalam mayonis dan renjis ia atas burger sebagai perasa. Pelanggan saya meningkat. Kalau dahulu saya dapat RM30 sehari, sekarang boleh cecah RM200 sehari,” cerita ibu kepada lima anak ini.
KELUARGA TAMBAH BAHAGIA
“Jujur saya cakap, dahulu hidup jadi semacam kelam-kabut. Suami bekerja, anak perlu diurus nak ke kedai lagi, siapkan barang-barang untuk perniagaan tapi selepas masuk Suri saya belajar mengurus semua itu,” kata Rijah James, 26 tahun.
Rijah berniaga bersama mertuanya yang mengusahakan gerai makanan sejak 26 tahun lepas.
Beliau belajar teknik membahagi masa menguruskan hal rumahtangga dan perniagaan melalui modul ‘Gender dalam Keusahawanan’.
Selain membantu peserta mengurus masa dalam rutin harian mereka, modul ini turut mengajar mengenai peranan-peranan yang boleh dimainkan oleh semua ahli keluarga untuk bekerjasama dan saling meringankan beban menguruskan rumahtangga.
“Kuncinya ialah kerjasama. Kita belajar bahawa ada tugas yang turut boleh diberi kepada suami dan anak seperti membersihkan rumah dan urusan di kedai pun dijalankan dengan lebih teratur,” kata beliau. – Oleh Ali Imran Mohd Noordin  / BERNAMA

 

 

Komen


Berita Berkaitan