Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program SKSJ mendekatkan rakyat dengan JPJ

9:42pm 29/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 165 views Tempatan
Ramlee bersalaman dengan peserta Program Satu Komuniti Satu JPJ

Ramlee bersalaman dengan peserta Program Satu Komuniti Satu JPJ

SEMPORNA- Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) adalah merupakan program di mana pada dahulunya dikenali sebagai JPJ Bersama Rakyat (JBR).

Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Ramlee Marhaban berkata program tersebut bertujuan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat di luar bandar terutama warga emas dan orang asli dalam memperolehi lesen motosikal ( B2 ).

Beliau berkata program ini merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara warga JPJ dengan masyarakat.

“Selain itu, JPJ juga turun padang dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pembaharuan lesen memandu, pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM), semakan senarai hitam, pembayaran saman dan sebagainya. Ini sudah tentu akan memudahkan kepada masyarakat di luar Bandar berurusan secara terus dengan Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ),” katanya.

Ramlee berkata demikian ketika majlis perasmian 1Komuniti 1JPJ ( SKSJ ) Darrah Semporna Tahun 2016 di Dewan Terbuka SK Lihak-Lihak, Semporna.

Seramai 500 orang termasuk 150 peserta menghadiri program SKSJ itu. Turut hadir sama Pegawai Daerah Semporna Dr. Chacho Hj. Bullah, ADO Pembangunan Daerah Semporna, Hj. Gulam Rasul Hj. Hapil, Penolong Pengarah JPJ bahagian Tawau Rafie Mohd Isa, Ketua Cawangan JPJ Semporna, Pusukah Abd. Razak, Wakil OCPD Daerah Semporna, Insp. Farid B. Mohammad serta pemimpin masyarakat.

Jelasnya, program seperti itu akan meringankan beban penduduk luar bandar khususnya para peserta yang berumur 40 tahun keatas yang juga merupakan peserta program JPJ Semporna.

Ramlee yang juga Adun Bugaya kaedah yang dibuat oleh JPJ tersebut adalah sesuatu yang cukup baik dan perlu diteruskan kerana pada hakikatnya bagi penduduk di luar bandar ini, motosikal adalah pengangkutan mereka yang utama

“Selain memperolehi lesen memandu motosikal dengan bayaran yang berpatutan para peserta juga turut didedahkan tentang kesedaran kepentingan memiliki lesen memandu, mematuhi undang-undang,peraturan dan keselamatan serta mampu mengurangkan kadar kemalangan dijalanraya pada masa akan datang”ujarnya.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan