Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program sedekah jariah Masjid Bandaraya boleh dijadikan contoh terbaik: KM

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bersama-sama Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Haji Abdul Jamal Tun Haji Sakaran menyampaikan sumbangan jariah kepada para penerima terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU). - Foto ALEX TAN / Sayangsabah
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bersama-sama Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Haji Abdul Jamal Tun Haji Sakaran menyampaikan sumbangan jariah kepada para penerima terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU). – Foto ALEX TAN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Program Penyampaian Sedekah Jariah Al-Mubarak ke-15 yang dianjurkan oleh Masjid Bandaraya ota Kinabalu boleh dijadikan contoh terbaik kepada semua ahli jawatankuasa masjid di negeri ini dalam menggerakkan aktiviti amal kebajikan khususnya di bulan Ramadhan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, melalui program itu sifat kasih sayang, semangat persaudaraan dan sikap saling membantu semasa insan dapat dipupuk dan disemai di dalam diri setiap umat Islam sekaligus mempamerkan keindahan Islam yang sebenar.

“Setiap kali Ramadhan, antara perkara yang dituntut ialah amalan sedekah dan zakat yang mana jika digerakkan bersungguh-sungguh dengan sokongan kerjasama daripada semua lapisan masyarakat Islam, akan dapat mewujudkan dana besar bagi membantu pembangunan sosio enkonomi umat dan negara,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis Penyampaian Sedekah Jariah Al-Mubarak kepada 245 orang penerima yang diadakan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini.

Justeru itu, Musa menyeru lapisan masyarakat agar terus mengutamakan perpaduan dan mengamalkan sikap bertolak ansur antara satu sama lain bagi memastikan keamanan di negeri ini sentiasa terpelihara.

Dalam pada itu, beliau juga memuji inisiatif penganjuran program berkenaan dan berharap sumbangan yang dihulurkan itu dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

Pada majlis itu, seramai 245 orang yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai.

Turut hadir di majlis itu, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Haji Abdul Jamal Tun Haji Sakaran.

– oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan