Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program Santai RKM Sabah sempena perayaan Pesta Kaamatan

3:40pm 02/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 50 views Tempatan
SANTAI... RKM Sabah bersama ahli- ahli jawatankuasa menikmati Shell Out di Chilli Padi Alam Mesra. Turut kelihatan, Mizmah (lima dari kanan) dan Musliati (kiri)

SANTAI… RKM Sabah bersama ahli- ahli jawatankuasa menikmati Shell Out di Chilli Padi Alam Mesra. Turut kelihatan, Mizmah (lima dari kanan) dan Musliati (kiri)

KOTA KINABALU- Rakan Kembara Malaysia (RKM) mengadakan Program Santai bersama ahli- ahli jawatankuasa di daerah tersebut bersempena musim pesta menuai ini.

Pengerusinya, Mizmah Appedullah berkata perayaan Bulan Keamaatan yang merupakan tradisi kaum Kadazan Dusun disambut pada setiap bulan Mei di seluruh Sabah.

Beliau berkata sambutan yang juga dikenali sebagai pesta menuai itu bukan sahaja menjadi produk pelancongan yang merupakan salah satu daya tarikan pengunjung ke Sabah tetapi juga simbol perpaduan di kalangan 30 suku kaum di negeri ini.

“Ini kerana perayaan yang disambut di setiap daerah dan di kampung-kampung itu tidak hanya melibatkan etnik Kadazandusun sahaja sebaliknya turut dimeriahkan oleh masyarakat berbilang kaum yang lain.

“Nilai-nilai kesatuan dalam begitu terserlah dalam kalangan kita, sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengiktiraf kita di negeri Sabah sebagai contoh terbaik bagi kehidupan masyarakat pelbagai kaum yang bersatu padu dalam suasana penuh harmoni. Sempena bulan Kaamatan ini RKM Sabah telah mengadakan Program Santai bersama ahli-ahli yang berada di Kota Kinabalu untuk merapatkan hubungan sirahtulrahim sesama ahli,’ ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Program Santai Bersama Rakan Kembara Malaysia cawangan Sabah di Chili Padi Alam Mesra semalam.

Turut hadir sama Timbalan Pengerusi Azman Hasiman, Naib Pengerusi Musliati Moslimin dan Usman Hamid, Setiausaha Rosnah Abdullah dan Ketua Penerangan Mohd Nizam Nazib.

Menurutnya semua masyarakat sama ada sebagai pemimpin, penjawat awam, ahli parti dan rakyat keseluruhannya mempunyai peranan dan tanggungjawab bagi memastikan negeri Sabah terus kukuh, stabil dan makmur.

“Ini amat penting bagi membolehkan kita menjayakan pelbagai rancangan dan agenda pembangunan terutama di kawasan luar bandar dengan lebih berkesan dan menyeluruh untuk kemajuan negeri dan kesejahteraan kita bersama.,”katanya.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan