Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program Sahabat Maritim di Pulau Mantanani

Nurlaineh semasa memberikan taklimat kepada wakil agensi dan jabatan yang terlibat dalam program MEGA. - Foto Sayangsabah
Nurlaineh semasa memberikan taklimat kepada wakil agensi dan jabatan yang terlibat dalam program MEGA. – Foto Sayangsabah

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu dengan kerjasama syarikat minyak Petronas akan mengadakan Program Sahabat Maritim (MEGA) pada 22 Ogos ini di Pulau Mantanani, Kota Belud.

Pengarah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan APMM, Nurlaineh Tamsir berkata program itu diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para penduduk di pulau tersebut terhadap kepentingan aspek keselamatan di laut.

“Program itu nanti akan memberi pendedahan kepada penduduk nelayan mengenai bahaya aktiviti pengeboman bom ikan berhampiran pelantar minyak yang terdapat di sekitar pulau tersebut,” katanya semasa taklimat Program Sahabat Maritim di Wisma WB di sini hari ini.

Di samping itu, katanya, program yang diadakan itu turut mempromosikan sektor pelancongan di Pulau Mantanani yang menyediakan pelbagai aktiviti sukan air yang menarik pelancong asing atau tempatan.

“Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan berkonsep amal akan diadakan sepanjang program itu berlangsung nanti termasuk gotong royong membersihkan kawasan pantai dan membaiki jeti awam yang rosak,” katanya lagi.

Selain syarikat Petronas, pelbagai agensi dan jabatan lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan turut terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Beliau berkata, sesi dialog turut diadakan bagi memberi ruang kepada penduduk meluahkan permasalahan mereka kepada agensi dan jabatan berkaitan.
oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan