Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program Rimup mahu pahat nama dalam Malaysia Book of Records.

Sabdin (tengah) bersama Kumpulan guru dan pelajar yang menjadi pencipta lagu dan penyanyi lagu 1 lirik 10 bahasa. - foto Kalawon Sawing
Sabdin (tengah) bersama Kumpulan guru dan pelajar yang menjadi pencipta lagu dan penyanyi lagu 1 lirik 10 bahasa. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Program Rancangan Integrasi  Murid Untuk Perpaduan (Rimup) Sekolah-sekolah Daerah ini, bakal mencipta sejarah tersendiri apabila kira-kira 5,000 pelajar dan guru dijangka menyertainya, sekaligus berpotensi melayakkannya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records.

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Keningau, Sabdin Saribin berkata, program Rimup tersebut yang akan diadakan pada 23 Mei ini di Kompleks Sukan Keningau, bertujuan membimbing pelajar dalam kokurikulum melalui penglibatkan dalam Rimup.

“Kita yakin langkah unit kokurikulum Pejabat Pelajaran Keningau dan semua sekolah menengah dan rendah dalam menjayakan catatan sejarah ini akan menyemarakkan lagi semangat pelajar untuk memperlengkapkan diri dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,” katanya di sini hari ini.

Antara pengisian program tersebut ialah persembahan Mansayau (tarian) dan nyanyian satu lirik lagu dan dipersembahkan dalam 10 bahasa etnik di negeri ini dan Sarawak, selain bahasa kaum terbesar di negara ini iaitu, Melayu, India dan Cina.

Lagu tersebut akan didendangkan oleh pelajar terpilih tanpa henti dalam 10 buah bahasa dengan lirik yang sama dan dinyanyikan oleh pelajar daripada pelbagai etnik. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan