Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program refit kapal selam pertama negara, pendedahan buat industri tempatan

7:47pm 22/01/2016 Leolerry Lajius 134 views Tempatan
Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Hj. Ahmad Badaruddin-Gambar Oleh Alex Mairin

Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Hj. Ahmad Badaruddin-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) TLDM hari ini telah menerima lawatan  daripada Panglima Tentera Laut Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Hj. Ahmad Badaruddin sempena lawatan ulung beliau ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu semenjak menerajui TLDM pada 18 November tahun lalu.

Menurut beliau, lawatan itu adalah untuk meninjau perkembangan program refit kapal selam pertama negara, Kapal Diraja Tunku Abdul Rahman (KD TAR) serta tinjauan ke infrastruktur refit kapal selam di limbungan Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (BDNC).

“Saya rasa amat bangga kerana program refit yang melibatkan pemeriksaan 14 ribu item  ini turut disertai oleh sebahagian besar syarikat tempatan dan pertama kali menggunakan robot bagi tujuan ini,”katanya.

Menurut beliau lagi, program refit ini turut membuktikan kepakaran, kemahiran dan kecekapan syarikat industri pertahanan tempatan dalam mengendalikan program seumpama ini.

“Program refit secara berjadual ini bakal memastikan keupayaan peralatan dan pengoperasian kapal selam berada di tahap tertinggi sehingga rutin pasang pulih berikutnya sekaligus membolehkan ia beroperasi dengan baik,” katanya.

Program refit kapal selam ini adalah sebagai salah satu platfrom untuk memberi pendedahan kepada industri tempatan untuk melibatkan diri dalam aktiviti penyelenggaraan dan pasang pulih kapal selam seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada tenaga mahir dari luar negara.

Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

-Gambar Oleh Alex Mairin

-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan