Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program Puspanita diiktiraf

Hairani (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Sukarti (kiri) sebagai tanda penghargaan. - foto Monica Gidong
Hairani (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Sukarti (kiri) sebagai tanda penghargaan. – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – Ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Sabah diminta terus mengamalkan nilai-nilai integriti terpuji bagi membentuk sebuah persatuan yang berkualiti dan disegani.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman berkata, dalam membentuk persatuan yang mantap dan disegani, ahli-ahlinya hendaklah sentiasa mengamalkan nilai integriti, termasuk gigih bekerja di samping patuh kepada peraturan serta prosedur yang telah ditetapkan oleh persatuan.

“Saya percaya, sifat inilah yang menjadi kekuatan kepada Puspanita cawangan Sabah sehingga mampu melaksanakan pelbagai program dan pengiktirafan di peringkat kebangsaan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 Puspanita Cawangan Sabah, di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah, Puan Sri Hairani Hussaini; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Pengiran Hassanel Pengiran Mohd Tahir Nasaruddin dan Timbalan Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Majlis, Datin Noraini Jamil.

Sehubungan itu, Sukarti yang juga Penasihat Puspanita Cawangan Sabah berharap setiap ahli Puspanita khususnya pegawai awam supaya mengamalkan nilai-nilai integriti bukan sahaja ketika melaksanakan tugas dalam Puspanita atau di pejabat masing-masing, tetapi mengamalkan nilai-nilai integiri dalam kehidupan setiap masa.

Setakat ini, jumlah keseluruhan keahlian Puspanita cawangan Sabah adalah seramai 6,080 orang, iaitu pertambahan ahli seramai 356 orang berbanding tahun 2013. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan