Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program Promosi Kesihatan Demam Denggi diadakan di pusat beli-belah

pengunjung sedang mendengar penjelasan mengenai cara-cara menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes- foto JIMMY TAN / sayangsabah
pengunjung sedang mendengar penjelasan mengenai cara-cara menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes- foto JIMMY TAN / sayangsabah

KOTA KINABALU- Sebuah program Promosi Kesihatan Demam Denggi dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Sabah di beberapa pusat beli-belah sekitar Kota Kinabalu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai cara pencegahan dan pengawalan penyakit demam denggi.

Pegawai Pendidikan Kesihatan, Mohd. Idahan M.Anuar berkata, program tersebut telah dilaksanakan sempena Operasi Mega yang bertujuan untuk mengurangkan kadar kes denggi berlaku di negeri ini.

 “Program ini telah bermula pada 1 Mac  dan akan berterusan sehingga hujung bulan 31 Mac ini,” katanya kepada SayangSabah, di sini, hari ini.

Idahan dan Alizah ketika ditemui sayangsabah semasa program Promosi Kesihatan Demam Denggi. - foto JIMMY TAN / sayangsabah
Idahan dan Alizah ketika ditemui sayangsabah semasa program Promosi Kesihatan Demam Denggi. – foto JIMMY TAN / sayangsabah

Menurutnya mereka telah mengadakan program promosi itu di beberapa buah pusat beli-belah di sekitar kota kinabalu.

Katanya, dalam program itu mereka akan memberikan ceramah kepada orang ramai mengenai cara-cara menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah, selain itu risalah mengenai cara pencegahan juga tutut diberikan bersama ABATE iaitu racun serangga.- oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan menunjukkan sampel air yang mengandungi jentik-jentik- foto JIMMY TAN / sayangsabah
Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan menunjukkan sampel air yang mengandungi jentik-jentik- foto JIMMY TAN / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan