Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program Pertukaran Semangat Asean tingkat hubungan Malaysia, Indonesia, Brunei

Delegasi Indonesia, Brunei dan tuan rumah Malaysia, menyertai acara tarian Sumazau.
Delegasi Indonesia, Brunei dan tuan rumah Malaysia, menyertai acara tarian Sumazau.

KOTA KINABALU – Program Pertukaran Semangat Asean diantara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darusalam mampu merapatkan hubungan dan kerjasama terutama dari aspek maklumat dan komunikasi selain dapat meningkatkan hubungan masyarakat ketiga negara.

Jabatan Penerangan Malaysia, sebagai agensi kerajaan yang berperanan dalam menyalurkan maklumat menerusi pusat-pusat komuniti yang dikenali sebagai Komuniti 1Malaysia (K1M) telah mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat.

Menerusi K1M, ia bukan sahaja bertindak sebagai mata dan telinga dalam menyediakan maklumat berkaitan dasar dan program kerajaan, malah ia juga menggalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Tertarik dengan pelaksanaan K1M di Sabah, Pegawai Maklumat dari Indonesia dan Brunei, baru-baru ini mengadakan lawatan ke Sabah bagi mendalami dan menambah pengetahuan berkaitan K1M di beberapa daerah di negeri ini.

Ketua Delegasi Indonesia, Selamatta Sembiring berkata, beliau mendapat lebih daripada yang dijangkakan dalam lawatan itu.

Peserta program diberikan taklimat semasa lawatan ke Pusat Ternakan Desa di Kundasang, Ranau.
Peserta program diberikan taklimat semasa lawatan ke Pusat Ternakan Desa di Kundasang, Ranau.

“Kami telah dijemput oleh Malaysia di bawah program ini. Jadi selepas melawat beberapa tempat, saya gembira dan lawatan ini menjangkaui apa yang diharap, ia lebih baik,” katanya yang juga Pengarah Kementerian Komunikasi dan Maklumat dan Dunia Hiburan.

Beliau berkata, salah satu objektif lawatan itu adalah untuk melihat keberkesanan pembabitan pegawai-pegawai penerangan dan pemimpin masyarakat yang terlibat secara langsung dengan komuniti.

“Kami kagum melihat aktiviti perniagaan semasa kami dibawa ke kilang memproses makanan di Papar dan projek KIM di Kundasang. Di Papar misalnya, kami berpeluang melihat proses membuat kuih lidah. Saya pasti produk makanan itu berpotensi jika dapat dipasarkan di Indonesia.

“Di Kundasang, KIM berjaya dalam program inap desa yang menjana pendapatan yang cukup besar dan meningkatkan kualiti hidup pesertanya. Ini adalah sesuatu yang kita boleh digunakan sebagai penanda aras untuk memperkenalkan kepada KIM di Indonesia,” ujarnya.

Beliau memberitahu, Indonesia mempunyai pusat komuniti yang sama iaitu Kelompok Informasi Masyarakat (KIM) manakala Brunei mempunyai Daerah dan Majlis Perundingan Kampung (Majlis Perundingan Mukim dan Kampung- (MPMK).

1 (8)
Peserta Program Pertukaran Semangat Asean dibawa melawat kilang memproses makanan iaitu kuih lidah di Papar.

 

Program Inap Desa Walai Tokou, Kampung Sinisian, Kundasang mampu menjana pendapatan kira-kira RM950,000 pada tahun lalu dengan ketibaan kira-kira 900 pelancong dari Jepun, Korea, Amerika Syarikat, China dan negara-negara lain.

Sementara itu, Ketua Delegasi Brunei, Awang Muhammad Khairulhadi Muhammad berkata, program berkenaan dilaksanakan dengan baik oleh masyarakat yang terlibat dengan sokongan  kerajaan

“Ia adalah sesuatu yang kita boleh fikirkan ke negara kita, ” katanya yang tertarik dengan tarian tradisional yang dilakukan oleh kumpulan budaya Inap Desa Walai Tokou.

“Di Kundasang saya melihat persamaan budaya antara rakyat Sabah dan Brunei. Di Brunei juga masyarakat Dusun, sama seperti di Kundasang. Persamaan ini boleh menjadi menarik untuk Dusun di Brunei dan mereka boleh belajar persamaan budaya ini,” jelanya.

Bagi Jabatan Penerangan, ia adalah satu lagi usaha penting dalam menjalin hubungan rapat dengan Indonesia dan Brunei. – SayangSabah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Komen


Berita Berkaitan