Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program Pertanian Dan Perhutanan UMS Tersenarai 200 Terbaik Dunia

7:53pm 22/03/2016 Pak Roshan 120 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

UMS

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempertingkatkan lagi pencapaiannya apabila buat pertama kali dalam sejarah diiktiraf dalam QS World University Ranking.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata UMS melalui Program Pertanian dan Perhutanan universiti, telah tersenarai dalam kedudukan 200 terbaik dunia.

“Pengiktirafan tersebut turut menyaksikan UMS melalui program yang sama berada pada ranking ke-36 di peringkat seluruh universiti di Asia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pengiktirafan tersebut merupakan satu lagi lonjakan besar dalam memposisikan UMS di arena antarabangsa.

“Ini membuktikan UMS berada di landasan yang betul untuk mencapai lebih banyak kecemerlangan di peringkat dunia. InsyaAllah kita akan terus perbaiki pencapaian dari tahun ke tahun,” katanya.

Di Malaysia, Program Pertanian dan Perhutanan UMS berada pada kedudukan kedua daripada semua universiti selepas Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sementara itu, Mohd Harun berkata UMS sentiasa giat memperkasa penyelidikan dalam pelbagai bidang yang boleh menyumbang manfaat kepada masyarakat terutama kepada pembangunan negara.

“Hasrat kita bukan sahaja untuk membolehkan UMS menjadi universiti berdaya saing di peringkat global tetapi yang lebih utama, kita seiring ke hadapan bersama universiti awam lain untuk melahirkan pakar-pakar ke arah merealisasikan wawasan negara untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan