Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program penerbangan prihatin YADIM-MASwings

7:59am 21/12/2015 Leolerry Lajius 47 views Tempatan

 

Datuk Jainab bergambar bersama anak yatim.

Datuk Jainab bergambar bersama anak yatim.

KOTA KINABALU: Satu program untuk memberi peluang kepada anak-anak yatim merasai pengalaman menaiki perkhidmatan kapal terbang siri ke-4 telah diadakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama MASwings.

Program yang melibatkan tiga rumah anak yatim itu termasuk Rumah Anak Yatim Sakinah Papar, Aman Beaufort dan Darul Bakti Kota Belud telah melakukan penerbangan dari Kota Kinabalu ke Sandakan yang turut memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk melawat tempat-tempat menarik di daerah itu.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, bagi pihak YADIM ia merupakan satu inovasi dalam strategi dakwah dan bagi pihak MASwings pula program ini merupakan satu tanggungjawab sosial yang amat menepati sasaran.

“Saya berharap agar lebih banyak pihak terutamanya badan korporat yang akan tampil mengadakan program seperti itu sebagai wadah untuk membantu golongan yang memerlukan,”katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Program tersebut yang diadakan di Hotel Tabung Haji, di sini.

Tambah beliau pihak kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM59.24 juta bagi membiayai bantuan kebajikan dan keperluan warga emas, Orang Kurang Upaya, golongan daif dan anak-anak yatim di negeri ini.

Program tersebut telah diadadakan selama dua hari satu malam yang melibatkan lebih kurang 150 kanak-kanak yang pertama kali menaiki kapal terbang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan