Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SK PEKAN TUARAN DAPAT PUJIAN

Madius bersama PPD Tuaran, Tahnia Jaman serta warga SK Pekan Tuaran selepas lawatan ke sekolah tersebut hari ini.Gambar SNT/Ehsan Kementerian Perdagangan dan Industri

TUARAN: Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang dilaksanakan oleh SK Pekan Tuaran mendapat pujian daripada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Menurut beliau, program ini jika berjaya dilaksanakan dan menepati sasaran maka ia boleh menjamin satu masa depan yang cerah anak-anak kita.

“Langkah yang telah diambil oleh Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran pada hari ini sangat bertepatan kerana apbila kita melihat jauh ke hadapan, iaitu kepada masa depan anak-anak kita maka apa yang mereka lakukan semasa di sekolah akan memberi kesan yang besar kepada masa depan mereka terutama apabila mereka ingin berkhidmat, khususnya dalam perkhidmatan awam,” kata Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran dan Presiden Upko.

Madius berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam satu program dua-serangkai iaitu, Program Singgah Sebentar PPDa dan Perasmian Dataran Transformasi PPDa.

Berbicara mengenai Dataran Transformasi PPDa, Madius terlebih dahulu menyampaikan ucapan tahniah kepada SK Pekan Tuaran kerana telah mengambil inisiatif untuk berinovasi dalam pendidikan yang berkaitan dengan penyalah-gunaan dadah.

“Saya menganggap program ini sebagai satu inovasi yang hebat kerana satu pondok yang hanya berupa sebuah pondok beristirehat telah diubah menjadi satu alat saluran pendidikan yang sangat penting dan berkesan, alat yang sangat berkuasa untuk menyampaikan satu mesej yang sangat penting,” tambah Madius.

Sehubungan dengan itu, Madius menyeru kepada Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran untuk memanjangkan program ini ke sekolah-sekolah lain dan menggesa sekolah-skolah lain untuk datang ke SK Pekan Tuaran dan mencontohi apa yang telah dilaksanakan di sini dan melaksanakan program yang sama di sekolah mereka masing-masing.

“Saya difahamkan bahawa SK Pekan Tuaran merupakan sekolah yang pertama mengadakan program seumpama ini dalam usaha untuk mencapai sifar-dadah di sekolah. Saya yakin, PPD Tuaran akan terus melakikan sesuatu untuk mempastikan program ini beterusan dan menca[ai kejayaan terutama sekali sekolah-sekolah yang ‘vulnerable,’ sekolah yang dari dahulu lagi kita sudah kenal sebagai mempunyai masalah dalam mencapai sifar-dadah,” kata Madius.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan