Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program pembangunan dakwah direalisasikan

Ariffin Mohd. Arif (empat dari kanan)  melihat kaligrafi yang menjadi lambang pelancaran majlis itu yang diadakan sempena Bulan Dakwah Membakut. - foto Aryan De Vera
Ariffin Mohd. Arif (empat dari kanan) melihat kaligrafi yang menjadi lambang pelancaran majlis itu yang diadakan sempena Bulan Dakwah Membakut. – foto Aryan De Vera

MEMBAKUT – Kerajaan menerusi jabatan dan agensi agama bercadang mewujudkan program pembangunan dakwah bagi melahirkan tokoh penceramah dan ilmuan Islam berwibawa di negeri ini.

Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ariffin Mohd Arif berkata, bagi memastikan usaha itu direalisasikan, buat permulaan ia akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

“Ia bagi mengasah bakat pelajar menerusi pelbagai latihan seperti syarahan, tazkirah termasuk, mengadakan pertandingan pidato di kalangan pelajar sekurang-kurangnya sebulan sekali.

“Saya minta pihak sekolah dapat memberi kerjasama agar usaha murni ini dapat dilaksanakan,” katanya selepas merasmikan Majlis Bersama Tokoh Pendakwah Seniman Islam, Ustaz Syeikh Ismail Hashim, di sini hari ini.

Ariffin berkata, pembangunan dakwah itu juga akan melibatkan program perkadaran bagi mengenalpasti individu lulusan tinggi Islam berbakat untuk ditampilkan sebagai penceramah. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan