Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Program [email protected] Putatan 21 Oktober ini

Putatan : Masyarakat dijemput hadir ke Program [email protected] Peringkat Daerah Putatan pada 21 Oktober ini.

Menurut Pegawai Daerah Putatan, Ag Abd Ghani Pg Yusof, sebanyak tujuh buah Komuniti 1Malaysia sekitar Putatan berkerjasama menjayakan program tersebut.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan buat para pengunjung yang akan berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Petagas bermula dari jam 7 pagi.

“Antaranya, Pertandingan Memasak Makanan Traditional seperti ambuyat dan ampap sebagai usaha untuk mempromosikan masakan dan makanan tradisional masyarakat tempatan di negeri ini.

“Selain itu, turut diadakan ​pameran dari jabatan dan ​agensi kerajaan​, p​ertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan fesyen kanak-kanak, pertandingan nyanyian Bintang K1M Putatan dan pertandingan tarik tali​,” katanya.

Beliau selaku Pengerusi Jawankuasa Induk berkata demikian dalam Mesyuarat ​Program [email protected] Daerah Putatan, pada petang Rabu.

Katanya, majlis perasmian bakal disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin./Penerangan-

Ag Abd Ghani Pg Yusof​ (duduk​ tiga dari kanan) bersama dengan para ahli jawatankuasa induk Program [email protected] Peringkat Daerah Putatan​ bergambar kenangan​.

Komen


Berita Berkaitan