Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program Mobiliti UMS dan UUM, platfrom pembangunan akademik dan insaniah

8:32pm 13/01/2016 Leolerry Lajius 125 views Pendidikan,Tempatan
Dr. Ismail (2 dari kiri) bersama pelajar yang terlibat dalam program tersebut.

Dr. Ismail (2 dari kiri) bersama pelajar yang terlibat dalam program tersebut.

KOTA KINABALU: Program Kerja Sosial  Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Program  Mobiliti  yang melibatkan penuntut  UMS dan juga Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai salah satu platform untuk pembangunan sahsiah pelajar.

Program yang melibatkan 10 orang penuntut dengan masing-masing seramai lima orang bagi setiap universiti ini dijalankan selama satu semester.

Program ini telah  mendedahkan pelbagai aktiviti dan input berguna kepada pelajar.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS Prof. Madya Dr. Ismail Ali, program ini merupakan salah satu kaedah bagi memartabatkan pembangunan akademik dan insaniah pelajar di universiti.

“Adalah amat diharapkan agar program seumpama ini dapat diperluaskan lagi ke universiti-universiti tempatan dan juga luar negara kerana ia merupakan salah satu cara yang dapat menaikkan KPI program dan fakulti bahkan juga KPI universiti,” katanya ketika berucap pada Majlis Tamat Program Mobiliti UMS dan UUM di Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS petang tadi.

Tambah beliau, pihak UMS akan sentiasa memberikan sokongan kepada setiap program seumpama ini kerana ia juga merupakan salah satu proses pembelajaran yang berguna bagi pihak universiti amnya dan pelajar khususnya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan