Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,701

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Program menawan Bukit Tinorindak sempena sambutan kemerdekaan

3:34pm 04/09/2016 Leolerry Lajius 304 views Ranau,Tempatan
Pemandangan di atas Bukit Torindak.

Pemandangan di atas Bukit Tinorindak.

KUNDASANG : Seramai 100 lebih peserta daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Kundasang dan Persatuan Belia dan Beliawanis Kampung Dumpiring mengikuti program mendaki Bukit Tinorindak sekaligus meraihkan sempena sambutan Kemerdekaan.
 
Ketua Pemuda Umno Ranau Faez Datuk Hj Nordin berkata program ini dapat lagi menguatkan perpaduan dan mengeratkan silaturrahim masyarakat disini tanpa mengira umur. Beliau yakin aktiviti ini turut memberi motivasi terutama kepada golongan belia.
 
“ Dalam pendakian ini, belia akan menunjukkan kerjasama dalam kumpulan, kepimpinan seorang ketua pasukan dan sikap tanggungjawab peserta, ciri-ciri tersebut boleh dibawah masa akan datang nanti oleh golongan tersebut,” kata beliau ketika ditemubual selepas merasmikan Program Menawan Tinorindak Sempena Sambutan Merdeka di Kampung Lembah Permai, pagi kelmarin.
Pemandangan di atas Bukit Torindak.

Pemandangan di atas Bukit Tinorindak.

 
Kata Faez, pusat rekreasi yang baru ditubuhkan disini mampu menjana ekonomi di Kundasang khususnya kampung ini seterusnya menjana pendapatan persatuan bagi meningkatkan lagi kemudahan perkhidmatan trek kepada pengunjung.
 
“ Berikutan sumbangan RM 30 Ribu daripada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah kepada Persatuan Rekreasi Nulu Tinorindak Lembah Permai Kundasang yang disampaikan oleh Datuk Masidi Manjun pada 28 haribulan Mei lalu menunjukkan pihaknya amat menyokong pusat peranginan atau pelancongan yang dikendalikan oleh penduduk tempatan,”
 
“ Saya juga berharap mana-mana pihak seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan memberi sumbangan kepada persatuan ini sebagai sokongan kepada produk tempatan,” katanya lagi.
Kata-kata semangat... Faez ketika berucap dan memberi kata-kata semangat kepada peserta.

Kata-kata semangat… Faez ketika berucap dan memberi kata-kata semangat kepada peserta.

 
Selain itu, kata beliau pusat rekreasi ini sudahpun antara destinasi yang harus dikunjungi selain daripada pusat pelancongan yang ada di sini. Faez mahu tempat ini dikenali dan menjadi tarikan oleh orang luar dan sentiasa dikunjungi setiap masa.
 
Pengerusi Persatuan Rekreasi Nulu Tinorindak Lembah Permai Kundasang Azlie Donald berkata sejak pusat ini ditubuhkan sambutannya amat memberangsangkan. Lebih 1000 orang yang sudah menikmati perjalanan bukit ini.
 
“ Pendapatan persatuan semakin berkembang dan mendapat perhatian orang ramai setelah dipromosikan melalui media sosial, kini ada beberapa orang dari luar negara sudahpun mendaki bukit ini,” kata Azlie.
 
Tambah beliau, kini pusat telah menyediakan pakej perkhemahan bagi peserta yang ingin berkhemah selama sehari di bukit tersebut. Pakej yang disediakan oleh persatuan RM 3.00 Ringgit (pelajar), RM 10.00 (warga Ranau), RM 15.00 (Warga Sabah), RM 20.00 (Warganegara Malaysia) dan RM 30.00 (bukan Warganegara). Setiap kumpulan terdiri daripada satu hingga lima orang sahaja. Untuk maklumat lanjut, hubungi 012-8269927 (Azlie)./SayangSabah
 

Persatuan Belia dan Beliawanis Kampung Dumpiring serta KRT Daerah Kundasang meriahkan acara ini.

Persatuan Belia dan Beliawanis Kampung Dumpiring serta KRT Daerah Kundasang meriahkan acara ini.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan